Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak – Tahun 6

anak-anak

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK
Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan penyayang.

i. Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana orang dewasa. Tambahan lagi, keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak dapat membuat keputusan dengan sendiri, menyebabkan mereka memerlukan perlindungan dan penjagaan khas, termasuk disediakan perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

ii. Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi, hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-undang serta dasar negara.

iii. Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengetahui dengan jelas bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini. Pendapat kanak-kanak sering tidak diberikan perhatian dan tidak diberikan perlindungan yang sewajarnya. Berapa banyak kes yang dilaporkan oleh media massa tentang kes penderaan dan pembuangan bayi? Bagaimana pula dengan kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang tidak dilaporkan?

a. Apa itu Hak Kanak-kanak?
Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Children).

b. Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak merupakan instrumen antarabangsa yang mempunyai ratifikasi paling banyak antara instrumen PBB yang lain. Konvensyen ini telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak-kanak. Malaysia telah meratifikasi konvensyen ini pada 17 Februari 1995, namun masih mengekalkan reservasi kepada Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37.

Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang. Ia menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama, bangsa, kefahaman atau perbezaan. Tanggungjawab bagi memastikan perlindungan terhadap hak-hak ini terletak kepada kerajaan Negara-negara Pihak dan juga masyarakat.

c. Perjanjian ini menggariskan empat penjelasan hak utama iaitu:-

i. Kehidupan
Hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan asas untuk hak tersebut seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal.

Ibu bapa mestilah menyediakan keperluan-keperluan asas kepada kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang seimbang dan air yang bersih, Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik.

Ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang mengandungi zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam memangkinkan tumbesaran kanak-kanak. Ibu bapa harus mengajar kanak-kanak untuk memilih makanan yang berkhasiat daripada memakan makanan ringan yang kurang berkhasiat.

ii. Perkembangan
Hak kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat.

Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada masa hadapan.

Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut kesesuaian. Melalui interaksi bermain, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Sebagai contoh, mereka dapat belajar menghormati orang lain; sesuatu yang mudah seperti beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan bersama-sama rakan.

Kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang diambil kira oleh ibu bapa akan membuatkan mereka berasa dihargai. Dengan ini mereka bersedia untuk meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu bapa. Terdapat banyak kes yang menunjukkan kanak-kanak atau remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa sendiri dalam berkongsi masalah. Ini disebabkan oleh kurangnya komunikasi di antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak ini tidak berminat untuk menceritakan masalah mereka kepada ibu bapa dan keluarga.

iii. Perlindungan
Hak kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya. Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual.

Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun. Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan yang terdapat pada mereka. Jika terdapatnya salah laku terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undang-undang yang telah diperuntukkan.

iv. Penyertaan
Hak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan kehidupan sosial masyarakat setempat. Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka. Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan, sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut.

Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktiviti kemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan anggota masyarakat.

Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanak-kanak. Seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak ini dapat menjalani kehidupan yang baik. Kesedaran terhadap hak kanak-kanak perlulah dipupuk ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa setiap dari kita mempunyai hak tersendiri. Kesedaran ini juga perlu dalam mengurangkan tindakan-tindakan tidak berperikemanusian sesetengah individu terhadap kanak-kanak.

2. KEPERLUAN TERJAGA, KEHIDUPAN BAHAGIA
Keperluan Asas Kanak-kanak

1. Keinginan untuk bergerak.
Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal.

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.
Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat.
Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain

4. Keinginan untuk bersaing
Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.
Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

6. Keinginan untuk meneroka
Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.
Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.
Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

9. Keinginan untuk kefahaman.
Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran

3. BERIKAN PELINDUNGAN, SERIKAN KEHIDUPAN
Cara Kanak-kanak Diberi Perlindungan

i. Usaha untuk memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka. Sehubungan ini, Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan menggabungkan Akta  Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penggubalan Akta ini mengambil kira prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Akta tersebut mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak. Sehubungan ini, kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan meningkat daripada 1,036 pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun 2005. Akta tersebut juga memberi penekanan kepada tanggungjawab dan penglibatan ibu bapa dalam pemulihan kanak-kanak dan menangani ketidakharmonian dalam keluarga melalui penyediaan bengkel interaktif. Mahkamah khas dikenali sebagai Mahkamah Kanak-Kanak yang diketuai oleh seorang majistret dengan dua penasihat daripada kalangan orang awam ditubuhkan pada tahun 2002 untuk mendengar kes berkaitan kanak-kanak.

ii. Pelbagai usaha diambil untuk menangani isu keganasan terhadap kanak-kanak termasuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam melaksanakan program pencegahan dan pemulihan. Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah untuk memberi perkhidmatan terutamanya kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan di kawasan berkenaan. Perkhidmatan tersebut termasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak, kaunseling untuk kanak-kanak dan ibu bapa, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak bertujuan memberi sokongan psikologi dan motivasi. Dalam tempoh Rancangan, sejumlah 131 pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dengan keahlian aktif seramai 1,572 orang serta 135 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan. Di samping itu, pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes penderaan kanak-kanak yang dirujuk kepada hospital. Sejumlah 14 pasukan SCAN ditubuhkan di hospital negeri dan 690 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan.

iii. Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 yang bertujuan memastikan standard minimum penjagaan kanak-kanak di pusat penjagaan dikaji semula pada tahun 2005 bagi menetapkan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak. Di samping itu, sektor awam dan swasta digalak untuk menubuhkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja melalui penyediaan pelbagai insentif seperti pemberian bantuan secara langsung dan rebat cukai. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 86 pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar telah ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai 3,197 penyedia khidmat penjagaan kanak-kanak diberi latihan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak.

iv. Kerajaan menyediakan institusi penjagaan untuk anak yatim serta anak yang ditinggalkan, didera dan diabaikan. Dalam tempoh Rancangan, tiga Rumah Kanak-Kanak yang baru dibina untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada 320 kanak-kanak. Di samping itu, tujuh Rumah Tunas Harapan ditubuhkan bagi membolehkan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan tinggal dalam suasana kekeluargaan. Rumah tersebut disediakan melalui perkongsian dan kerjasama dengan badan korporat, kerajaan negeri serta agensi lain yang berkaitan seperti Yayasan Kebajikan Kebangsaan, NGO dan organisasi berasaskan masyarakat yang memberi manfaat kepada 240 kanak-kanak.

v. Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, usaha diambil untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai kanak-kanak dalam penggubalan dan proses membuat keputusan. Usaha bina upaya dan memperkasa kanak-kanak mengenai isu dan hak mereka telah diambil melalui program kesedaran dengan penyertaan seramai 163 kanak-kanak dalam tempoh Rancangan. Bagi memastikan suara mereka terus didengar, kanak-kanak juga turut dilibatkan dalam penilaian Pelan Tindakan Negara (NPA) pertama dan merangka NPA kedua bagi tempoh 2006–2020. NPA kedua mengambil kira elemen yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, iaitu keperluan hidup, perlindungan, pembangunan dan penyertaan kanak-kanak.

4. ILMU DITIMBA, MASA DEPAN TERBINA

Tujuan Kanak-kanak Ke Sekolah

i. Sekolah merupakan pusat pendidikan yang bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran asas dan memupuk sikap positif kanak-kanak dalam aspek perkembangan yang merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran asas antaranya kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam pendidikan yang juga dikenali sebagai 3M.

ii. Objektif pendidikan di sekolah adalah supaya kanak-kanak mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. Ini kerana kanak-kanak adalah ibarat kain putih yang akan di warnakan pada kain tersebut dan seterusnya menghasilkan warna-warna yang cantik atau tidak cantik. Oleh itu, perkembangan secara menyeluruh sangat penting untuk membentuk kanaka-kanak yang berkeperibadian yang tinggi.

iii. Selain itu, kanak-kanak juga akan diajar menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi selain mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama.

iv. Kemahiran untuk berfikir dan menyelesaikan masalah juga dapat dipertingkatkan. Ini adalah perkembangan yang penting untuk kanak-kanak bagi melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. Selain mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial ia dapat mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik dan objektif yang terakhir ialah mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

5. AKTIVITI DISERTAI, KEJAYAAN DIKECAPI
Tujuan menyertai sesuatu aktiviti

i. Kanak-kanak amat digalakkan untuk menyertai aktiviti terutamanya sukan. Sebagai contoh, kanak-kanak boleh menyertai olahraga, permainan bola sepak, bola jaring, hoki dan sebagainya di sekolah.

ii. Aktiviti sukan banyak kebaikannya kepada kita. Menerusi aktiviti sukan, kita dapat menyihatkan badan. Hal ini demikian kerana dengan bersukan, kita dapat mengurangkan lemak yang terkumpul di dalam badan kita. Jantung kita pula dapat mengepam darah dengan lancar. Seterusnya, pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan.

iii. Selain itu, aktiviti berkumpulan dapat mengeratkan perhubungan dan memupuk semangat setiakawan. Biasanya, apabila menjayakan sesuatu aktiviti, setiap orang perlu bekejasama dengan rakan sepasukan yang lain. Mereka perlu bersikap bagai aur dengan tebing jika ingin mencapai kemenangan. Sebagai hasilnya, semangat bekerjasama akan terbentuk dan perhubungan menjadi lebih erat.

iv. Kesimpulannya, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan dan sukan merupakan kegiatan yang berfaedah kepada kita. Namun begitu, seseorang kanak-kanak perlu bijak mengatur masanya antara aktiviti riadah dengan pelajaran. Hal ini penting agar murid dapat memperoleh kebaikan dalam kedua-dua bidang tersebut.

1. HAK TERJAGA, TANGGUNGJAWAB TERPELIHARA
Hak Setiap Kanak-kanak

i. Untuk dilahirkan dan mempunyai nama dan kewarganegaraan
ii. Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi
iii. Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai
iv. Untuk mempunya makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat
v. Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri
vi. Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah
vii. Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya
viii. Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan
ix. Untuk berupaya mengeksperi pandangan mereka sendiri

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Buku Skrap Pendidikan Sivik Kewarganegaraa ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Kepada Cikgu………………. yang telah banyak memberikan sokongan, galakan dan perangsang yang sepenuhnya kepada saya untuk meneruskan usaha menyudahkan kerja kursus ini.

Kepada ibu saya yang banyak membantu saya dari segi kewangan dan didalam penyediaan maklumat-maklumat yang diperlukan. Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea.

Terima kasih sekalung budi.

ISI KANDUNGAN
1. Hak dan tanggungjawab kanak-kanak

a. Apa itu Hak Kanak-kanak
b. Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak
c. Perjanjian yang menggariskan empat penjelasan hak utama kanak-kanak

- Kehidupan
- Perlindungan
- Perkembangan
- Penyertaan

2. Keperluan Terjaga, Kehidupan Bahagia
3. Berikan Perlindungan, Serikan Kehidupan
4. Ilmu ditimba, masa depan terbina
5. Aktiviti disertai, kejayaan dikecapi
6. Hak terjaga, tanggungjawab terpelihara
7. Penghargaan

42 thoughts on “Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak – Tahun 6

  1. heloo nme sye syamil ikhwan! saye dudok di amerika…. saye berasa amat bangga kerana dpt menyiapkan follio sye dgn maklumat awk lah….. saye mengucapkan terma kasih kepada awk kerana sudi menulis maklumat ni

  2. Alhamdulillah…dapat pun laman web yang melibatkan hak dan tanggungjawab kanak kanak… (kene buat folio) terima kaseh…

  3. Thanks dear,for helping me. Know,I can finished my homework.Thanks.I hope you will always update the blogger
    Thanks for everythings… Ouh,can I know,You have a facebook ? Can you add me ? –> Aisya Azz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: