Kegiatan Ekonomi Dan Peluang Pekerjaan Di Malaysia – Tahun 6

Untitled-3

KEGIATAN EKONOMI UTAMA
Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai sektor. Sektor-sektor tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sektor pertama, sektor kedua dan sektot ketiga. Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang terlibat. Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah terletak dalam kategori sektor pertama kerana ia melibatkan aktiviti ekonomi di peringkat awal di mana ia tidak atau kurang melibatkan aktiviti pemerosesan.

Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan aktiviti ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Ia lebih bersifat pemerosesan. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah aktiviti pembuatan (perkilangan) dan pembinaan.

Sektor ketiga adalah sektor yang terlibat dengan aktiviti perkhidmatan, seperti pengangkutan, penyimpanan, perhubungan, kuasa elektrik, gas dan air, perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Berdasarkan pembahagian di atas bolehlah dikatakan bahawa sektor pertama adalah sektor yang mewarisi sektor tradisional, manakala sektor kedua dan ketiga pula adalah sektor moden. Dengan kata lain perkembangan aliran ekonomi Malaysia adalah berasaskan ekonomi dualisme (tradisional dan moden). Sumbangan ketiga-tiga sektor di atas kepada ekonomi negara semakin meningkat.

Walaupun begitu kepentingan dan kepesatan setiap satunya mungkin berubah-ubah mengikut perkembangan masa. Pada tahun 1970-an, sektor pertanian dan perlombongan menjadi penyumbang utama eksport Malaysia, tetapi pada tahun 1990-an, sektor perkilangan pula memberi sumbangan yang utama kepada eksport Malaysia

Dalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sudah pasti kepesatan perkembangan sektor kedua dan ketiga akan mengatasi sektor pertama. Namun begitu kesemua sektor ekonomi adalah penting dan setiap satunya saling membantu serta menjadi pelengkap antara satu sama lain.

KEGIATAN EKONOMI DAN LOKASI

  1. Di Negara kita terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pertanian, perhutanan dan perlombongan.
  2. Kegiatan ekonomi tersebut menghasilkan barangan keperluan untuk kegunaan kita.
  3. Jenis Industri yang terdaoat di Negara kita ialah Industri Pemprosesan, Industri Berat, Industri RIngan dan Industri Desa.

KEPENTINGAN PERINDUSTRIAN

  1. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
  2. Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk menggantikan barangan import.
  3. Menggalakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan – sumber bahan mentah industri.
  4. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan.
  5. Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak terlalu bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan kayu-kayan.
  6. Hasil eksport barangan kilang dapat menambah hasil pendapatan negara melalui sumber pertukaran wang asing.

PERINDUSTRIAN BERAT

  1. Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang memerlukan kemahiran tinggi.
  2. Memerlukan modal yang besar.
  3. Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).
  4. Contoh perindustrian berat:
  5. Membuat kereta seperti Proton Saga (Shah Alam)
  6. Membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang)
  7. Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung)
  8. Loji gas cecair (Bintulu Sarawak)
  9. Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)

PERINDUSTRIAN RINGAN

  • Industri Memproses
  • Industri Pembuatan
  • Industri Desa

Industri Memproses

  1. Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan.
  2. Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah.
  3. Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya.

Contohnya :

  • Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji.
  • Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.
  • Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan.
  • Getah dipross menjadi getah kepingan atau getah skrap.

Industri Desa

  1. Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar.
  2. Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.
  3. Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan.
  4. Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong.
  5. Terkenal di Kelantan dan Sabah.

Contohnya :

  • Membuat tikar/bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh
  • Mengecap batik/tenun sutera.
  • Membuat keropok ikan/udang.
  • Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

Industri Pembuatan

  1. Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna).
  2. Jenis perindustrian yang terpenting.

Contohnya :

  • Pembuatan barangan elektrik, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya.
  • Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap.
  • Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan.
  • Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia.

INDUSTRI PELANCONGAN

  1. Industri paling popular di negara ini.
  2. Pelancongan membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan yang mundur seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Rantau Abang, Desaru, dan sebagainya.
  3. Sektor-sektor lain seperti hotel, restoran, taman rekreasi, perkhidmatan turut berkembang.
  4. Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC) ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan program-program pelancongan di dalam dan di luar negeri.

Faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan :

  • Pandangan darat semula jadi yang menarik seperti pantai berpasir, bukit peranginan, gua batu kapur, dan taman negara.
  • Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan perayaan.
  • Terdapat bangunan yang cantik dan bersejarah seperti rumah ibadat, istana, Kota A-famosa, Jambatan Pulau Pinang, zoo, muzium, menara Kuala Lumpur dan sebagainya.
  • Negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan untuk dinikmati oleh para pelancong.
  • Terdapat kemudahan seperti hotel, pusat beli-belah, agensi pelancongan, dan sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik.

KAWASAN PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA

Untitled-2 copy

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI

Di Malaysia terdapat banyak kegiatan ekonomi yang menyediakan pekerjaan kepada penduduk. Oleh itu penduduk memperoleh pendapatan daripadanya.

Disamping itu Negara juga memperoleh pendapatan melalui cukai termasuklah cukai yang dikenakan kepada penduduk. Pendapatan ini digunakan bagi menyediakan pelbagai kemudahan unruk penduduk.

KEPENTINGAN KEGIATAN EKONOMI

Kita berbangga kerana terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di Negara kita. Kegiatan ekonomi menyediakan peluang pekerjaan, menambah pendapatan Negara, menyumbang kepada pembangunan Negara dan mendorong pembangunan kawasan.

Kepentingan dan sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan negara boleh dilihat daripada dua aspek iaitu:

(1) Kegiatan Ekonomi Sektor Desa

Menambah pendapatan penduduk desa dan pendapatan Negara.
Penduduk desa memperolehi pendapatan tambahan melalui kegiatan ekonomi desa seperti menjual cenderamata, kain batik, makanan ringan, dan lain-lain. Hasil daripada kegiatan ini dapat meningkatkan pendapatan penduduk desa dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara.

Mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi sejak zaman berzaman.
Sektor desa dapat menyumbang khazanah seni agar tidak pupus ditelan zaman. Di samping itu keris dan barang-barang keluaran logam dapat digunakan untuk keperluan semasa. Menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.

Sektor desa telah dipelbagaikan dan tidak hanya tertumpu kepada sektor pertanian semata-mata.
Oleh itu sektor ini telah banyak membuka peluang pekerjaan kepada penduduk desa seperti peluang berniaga, mengusahakan chalet, dan lain-lain kegiatan. Secara tidak langsung, kadar pengangguran penduduk desa dapat dikurangkan.

Membentuk masyarakat perniagaan
Pada masa lampau, masyarakat desa kurang mendapat peluang untuk berniaga. Dengan adanya perusahan kecil, masyarakat desa mendapat peluang untuk berniaga dan usahawan-usahawan muda dapat diwujudkan, seperti mengusahakan batik dan songkit.

Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk desa
Kadar kemiskinan penduduk desa dapat dikurangkan ekoran daripada pertambahan pendapatan penduduk desa. Contohnya; pendapatan purata sebulan isi rumah telah meningkat dari RM200 pada tahun 1970 kepada RM800 pada tahun 1987.

Mengurangkan pengimportan bahan makanan
Bahan makanan seperti beras, ikan, dan daging yang dikeluarkan oleh sektor desa dapat mengatasi masalah kekurangan makanan. Hal ini dapat mengurangkan pengimportan bahan makanan dari luar negeri, secara tidak langsung pengaliran mata wang ke luar dapat dikurangkan.

Menyediakan bahan mentah kepada industri-industri lain
Penglibatan sektor desa dalam perindustrian dapat menyediakan bahan mentah untuk kegunaan industri-industri lain Contohnya nenas yang diusahakan oleh industri desa dapat dijadikan bahan mentah bagi industri mengetin nenas.

Dapat meningkatkan taraf hidup penduduk desa
Sektor industri desa dapat meningkatkan taraf hidup penduduk desa daripada serba kekurangan kepada kehidupan yang lebih sempurna.

(2) Kegiatan Ekonomi Sektor Bandar

Sebagai pusat kewangan
Peranan yang dimainkan oleh sektor kewangan di pusat bandar telah menjadikan bandar sebagai pusat kewangan yang akan dapat membantu proses pembangunan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana perkhidmatan yang disediakan oleh sektor kewangan, seperti pinjaman dan overdraf, penggunaan cek dalam pembayaran, dan mendiskaunkan bil dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Sebagai pusat perkhidmatan
Sektor perkhidmatan menawarkan pelbagai perkhidmatan, seperti perkhidmatan peribadi dan perkhidmatan pengurusan. Perkhidmatan ini dapat mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara.

Sebagai pusat sosial dan kebudayaan
Tempat-tempat pelancungan, hiburan, pusat membeli-belah, dan taman-taman rekreasi banyak terdapat di bandar-bandar. Oleh itu bandar juga memainkan peranan sebagai pusat sosial dan kebudayaan.
Sebagai pusat pentadbiran, ekonomi, dan perhubungan
Kegiatan ekonomi bandar yang pesat, menyebabkan bandar menjadi pusat pentadbiran ekonomi, dan perhubungan yang penting di negara ini.

Penyediaan kemudahan infrastruktur
Perkembangan ekonomi di bandar menyebabkan penyediaan kemudahan infrastruktur yang lebih baik dilaksanakan. Kemudah infrastruktur yang baik ini dapat menggalakkan pelaburan asing dan dapat menambah pendapatan negara serta mempercepatkan pembangunan ekonomi negara.

Meningkatkan taraf hidup rakyat
Kegiatan ekonomi bandar yang pesat membolehkan penduduk bandar memperoleh sumber pendapatan yang tinggi yang dapat meningkatkan taraf hidup.

KEGIATAN EKONOMI DAN PEKERJAANNYA

  1. Pertanian
  2. Perlombongan
  3. Pembinaan
  4. Perindustrian
  5. Perkhidmatan

a. Pertanian
Penanaman
- Pesawah
- Peladang
- Pekebun
- Pengusaha kebun

Penternakan
- Penternak

Perikanan
- Nelayan
- Penternak ikan kolam

b.Perlombongan

  1. Petroleum
  2. Bijih Timah
  3. Emas

- Pengurus
- Jurutera
- Penyelia
- Pekerja am

c. Pembinaan
Melibatkan pelbagai bidang dan struktur seperti bangunan dan jalan raya
- Pengurus projek
- Jurutera
- Arkitek
- Penyelia
- Juruteknik
- Pekerja am

d. Perindustrian
- Penguruskilang
- Jurutera
- Juruteknik
- Kerani
- Penyelia
- Operator
- Operator mesin
- Pekerja am

e. Perkhidmatan
- Bidang Kesihatan
- Bidang Kewangan
- Bidang Perniagaan
- Bidang Undang-undang
- Bidang Keselamatan
- Bidang Pendidikan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INDUSTRI DI MALAYSIA

  1. Modal Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan – dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal)
  2. Sumber tenaga (air sungai) Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang.
  3. Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan men-cukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)
  4. Banyak kemudahan asas Perhubungan dan pengangkutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dan sebagainya).
  5. Bekalan bahan mentah Banyak, mudah didapati dan mencukupi.
  6. Pasaran Meluas dn permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri.
  7. Dasar kerajaan Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa/cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan.

Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya :

  • Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas.
  • Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way.
  • Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang

Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.

8. Tenaga buruh Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati – mahir/separuh mahir.
9. Sistem pengangkutan Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.

KESAN PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN KE ATAS ALAM SEKITAR
a. Pencemaran Air

  • Disebabkan oleh pembuangan bahan sisa kilang getah/kelapa sawit ke dalam sungai.
  • Pembuangan bahan-bahan kimia dan sisa toksid yang merbahaya kepada manusia dan hidupan lain, menyebabkan pertambahan bahan organik secara langsung kurangkan bekalan oksigen – hidupan air terancam dan mati.
  • Berlakunya wabak penyakit dan mengancam kesihatan pengguna.

b. Pencemaran Udara

  • Asap dan gas beracun daripada kilang dilepaskan ke udara.
  • Hasil aktiviti kilang simen, kilang papan, kilang memecah batu – mengeluarkan habuk.
  • Kilang getah getah dan kelapa sawit mengeluarkan bau busuk.

c. Pencemaran Bunyi

  • Daripada jentera dan kenderaan di kilang.

d. Pencemaran Darat

  • Pembuangan sampah-sarap secara berleluasa menyebabkan longkang dan parit tersumbat
  • Banjir kilat
  • Pembukaan kawasan perindustrian, perumahan, jalan raya juga akibatkan masalah hakisan tanah

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

  1. Melengkapkan kilang-kilang dengan alat mengukur pencemaran udara – mengukur kandungan habuk dan asap. Sekiranya tinggi – berusaha untuk kurangkan/atasi masalah.
  2. Pengusaha haruslah menapis asap supaya gas beracun dan asap tidak dilepaskan ke udara.
  3. Sisa-sisa lebihan dari kilang memproses bahan-bahan pertanian diproses jadikan bahan makanan binatang.
  4. Mengenakan denda atau menarik balik lesen/permit jalankan kegiatan perkilangan.
  5. Menyedarkan orang ramai supaya lebih bertanggung jawab terhadap alam sekitar.
  6. Mengadakan undang-undang yang mewajibkan pengusaha kilang mengambil langkah untuk mencegah pencemaran. Contohnya : membina kolam pemendapan untuk sisa-sisa cecair – pemasangan penapis di corong asap (Akta Mutu Alam Sekitar).
  7. Mengadakan program pendidikan alam sekitar untuk orang ramai dan pengusaha kilang.
  8. Mengadakan sistem pembuangan dan pengumpulan sampah sarap dan bahan buangan yang lebih teratur.
  9. Pengusaha kilang hendaklah jalankan kerja-kerja pengasingan bahan beracun dari bahan buangan sebelum dibuang ke sungai/tempat buangan.
  10. Membina kawasan perindustrian jauh daripada kawasan perumahan dan pastikan kawasan industri ini mempunyai tempat pembuangan sisa dan saluran longkang yang teratur dan baik.

GALAKAN DAN PERANAN KERAJAAN DALAM MEMAJUKAN LAGI BIDANG PERINDUSTRIAN

    1. Menyediakan tapak/kawasan perindustrian yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, perhubungan dan pengangkutan, kemudahan elektrik dsbnya.
    2. Menyediakan kemudahan pinjaman modal melalui bank dan sumber-sumber lain (Bank Perdagangan dan MARA).
    3. Menekankan kepentingan mata pelajaran teknikal dan vokasional untuk melatih pekerja mahir.
    4. Menubuhkan MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian) untuk membantu pelabur tempatan dan luar negeri dari segi khidmat nasihat, maklumat dan dorongan.
    5. Memberikan perlindungan tarif perintis kepada jenis-jenis industri baru (beri galakan seperti pengecualian cukai dan pinjaman untuk jangka masa tertentu).
    6. Mewujudkan zon perdagangan bebas cukai untuk tarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi dari negara-negara maju yang lain. Zon perdagangan bebas yang ada di Malaysia terletak di Sungai Way, Bayan Lepas dan Pasir Gudang. Kilang-kilang di kawasan ini diberikan beberapa keistimewaan seperti insentif cukai, kemudahan kredit serta pengecualian cukai eksport dan import.
    7. SIRIM ditubuhkan dengan tujuan menjamin mutu keluaran hasil pengeluaran kilang dan jalankan penyelidikan untuk menigkatkan mutu barangan.
    8. Memberikan bantuan kewangan melalui Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF) dan HICOM untuk memajuka industri berat (membuat kereta dan lain-lain).
    9. Malaysia Industrial Estates Limited (MIEL) menyediakan bangunan-bangunan untuk disewa/dijual kepada pengusaha-pengusaha kilang.

ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan
2. Kegiatan Ekonomi dan Lokasi
3. Kepentingan Perindustrian
4. Perindustrian Berat
5. Perindustrian Ringan

  • a. Industri Memproses
  • b. Industri Desa
  • c. Industri Pembuatan

6. Industri Pelancongan
7. Peta Kawasan Perindustrian Di Malaysia
8. Kepentingan Kegiatan Ekonomi

  • a. Kegiatan Ekonomi Sektor Desa
  • b. Kegiatan Ekonomi Sektor Bandar

9. Kegiatan Ekonomi Dan Pekerjaannya
10. Faktor yang Mempengaruhi Industri Di Malaysia
11. Kesan Pembangunan Perindustrian Ke Atas Alam Sekitar
12. Langkah-langkah Pemeliharaan Alam Sekitar
13. Galakan dan Peranan Kerajaan Dalam Memajukan Lagi Bidang Perindustrian
14. Penghargaan

One thought on “Kegiatan Ekonomi Dan Peluang Pekerjaan Di Malaysia – Tahun 6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: