Peranan Agensi-agensi Kerajaan Di Malaysia – Tahun 5

Untitled-3 copy

Peranan Agensi-agensi Kerajaan

Setiap negara mempunyai agensi kerajaan mereka yang tersendiri. Walaupun agensi kerajaan sering dikritik oleh masyarakat tetapai agensi ini masih berperanan dalam negara kita. Sememangnya agensi kerajaan sering menjadi kritikan masyarakat terutama apabila perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja kerajaan itu tidak memenuhi kehendak mereka. Namun untuk menyalahkan pekerja agensi awam sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan yang telus dan berkualiti bukanlah satu tindakan yang bijak. Agensi kerajaan memang mempunyai peranan yang banyak dan penting terutama dalam memastikan pembangunan negara berjalan mengikut jadual.

Peranan terpenting agensi kerajaan adalah untuk memastikan semua program kerajaan berjalan dengan lancar. Agensi kerajaan merupakan pelaku yang paling hampir dengan rakyat. Pemimpin negara akan mengagih-agihkan peranan tertentu kepada agensi kerajaan untuk dijelmakan dalam bentuk program kepada rakyat. Pegawai-pegawai agensi kerajaan akan merangka pelbagai program berdasarkan harapan pemimpin negara. Jadi, tanpa agensi kerajaan perancangan yang dilakukan oleh para pmimpin negara akan gagal.

Selain itu, agensi kerajaan berperanan untuk memberi penerangan dan bantuan teknikal kepada rakyat mengikut tugas mereka. Pekerja agensi kerajaan yang terlatih akan menyalurkan pengetahuan mereka kepada rakyat yang dapat merealisasikan impian negara itu. Maklumat yang diberikan oleh pekerja agensi kerajaan memastikan rakyat tidak melakukan kesilapan dalam menjalankan sesuatu aktiviti.

Secara amnya, agensi kerajaan membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negara ini. Semua program yang diatur oleh agensi kerajaan berhasrat untuk memastikan taraf hidup rakyat berubah dengan lebih baik. Kemas berperanan membantu penduduk kampung mempunyai pendidikan awal yang baik dan kemahiran tambahan seperti menjahit dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Agensi kerajaan bertindak sebagai pemangkin dalam memajukan rakyat di negara ini.

Agensi kerajaan juga berperanan untuk menyebarkan manifesto kerajaan kepada rakyat. Semua dasar dan harapan pemimpin negara disalurkan kepada rakyat melalui agensi kerajaan. Keadaan ini memastikan rakyat memahami dan bersedia untuk bekerjasama menjayakan sesuatu dasar kerajaan itu. Tanpa bantuan rakyat usaha kerajaan akan menjadi sia-sia. Agensi kerajaan menjadi mata dan telinga pemimpin negara.

Kesimpulannya, agensi kerajaan mempunyai peranan yang cukup bermakna dalam pembangunan negara. Agensi kerajaan memerlukan semua tenaga yang ada untuk menjayakan rancangan pemimpin kita. Cuma rakyat harus memberikan sedikit sokongan untuk meringankan beban mereka dalam menjalankan tanggungjawab berat itu. Bersatu teguh bercerai roboh harus menjadi renungan kita semua dalam perkara ini.

Konsep Agensi Pusat
Salah satu komponen kecil yang penting dalam jentera pentadbiran Kerajaan Malaysia ialah agensi-agensi kerajaan. Agensi-agensi ini terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu :

a. Agensi Pusat   b. Agensi Mengurus

Kebanyakan agensi kerajaan yang ada di negara kita terdiri daripada agensi mengurus. Agensi-agensi ini berperanan untuk melaksanakan perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan bagi melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Untuk mempastikan agensi-agensi mengurus berjalan dengan licin dan cekap serta berkesan, maka agensi-agensi pusat bertanggungjawab menyediakan beberapa keperluan bagi mengawasi perjalan mereka.

Agensi-agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan agensi-agensi mengurus. Tugas-tugas dan tanggungjawab berkenaan adalah seperti berikut :

  1. Menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara.
  2. Membekal 2 keperluan asas bagi agensi-agensi kerajaan iaitu perjawatan dan peruntukan kewangan.
  3. Memberi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang diperlukan oleh agensi-agensi mengurus.
  4. Membentuk dasar dan perancangan mengenai 2 keperluan asas dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diberikan kepada agensi-agensi mengurus.
  5. Mempastikan supaya 2 keperluan asas, dasar dan perancangan yang ada digunakan atau dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh agensi-agensi mengurus.

Penyelarasan dan kawalan yang dibuat oleh agensi-agensi pusat ke atas agensi-agensi mengurus dilaksanakan menerusi beberapa kaedah :

  1. Pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan.
  2. Pemeriksaan ke atas skim perkhidmatan, menambah atau menggredkan jawatan.
  3. Pemeriksaan ke atas perancangan pembangunan ekonomi tahunan dan 5 tahun.
  4. Penguatkuasa peraturan-peraturan kewangan dan perkhidmatan.
  5. Menyelaras pembentukan dasar, program, projek dan pelaksanaannya.
  6. Menganalisis maklumbalas mengenai pelaksanaan dasar, program dan projek-projek kerajaan bagi mengesan masalah.

Jenis Agensi Pusat dan Peranannya
Dalam pentadbiran kerajaan terdapat 6 buah agensi pusat :

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  2. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
  3. Unit Perancang Ekonomi (EPU)
  4. Unit Pe;arasan Pelaksanaan (ICU)
  5. Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  6. Unit Penyelidikan Ekonomi (SERU)
  7. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pada awalnya, tugas-tugas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijalankan oleh Perbendaharaan. Pada tahun 1954, tugas-tugas ini dipindahkan menerusi penubuhan sebuah agensi baru, Pejabat Perjawatan Persekutuan. Selepas merdeka, pejabat ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan pada tahun 1970, ia menjadi Jabatan Perkhidmatan Awam.

JPA menumpukan perhatian ke atas pembentukan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang terlatih dan pengambilan kakitangan awam yang mempunyai sikap dan kecenderungan untuk membimbing rakyat ke arah pembangunan.

JPA juga mempunyai peranan untuk merumus, merancang dan melaksanakan semua dasar kerajaan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam, mempastikan ianya dianggotai oleh kakitangan yang cekap, dedikasi dan terlatih bagi memikul tanggungjawab dan melaksanakan semua dasar serta matlamat kerajaan. Bidang kuasa JPA meliputi semua proses pengurusan kakitangan yang bermula daripada pengambilan seseorang pegawai kerajaan sehingga bersara.

Fungsi-fungsi JPA :

  • Melaksanakan polisi berkaitan dengan aspek-aspek perkhidmatan seperti perlantikan, kenaikan pangkat dan disiplin.
  • Bersama-sama dengan Perbendaharaan mewujudkan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam. JPA juga mengkaji semula struktur organisasi jabatan-jabatan kerajaan.
  • Menyediakan skim gaji, elaun dan pencen. JPA membuat bayaran pencen kepada semua kakitangan awam kerajaan persekutuan dan negeri, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.
  • Menyimpan rekod-rekod mengenai setiap kakitangan kerajaan.
  • Menyelesaikan segala ketidakpuasan kakitangan atau persatuan-persatuan mereka mengenai skim gaji, elaun dan pencen serta anomali-anomali yang timbul darinya menerusi meja rundingan
  • Menyediakan kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan menerusi Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan pemberian biasiswa
  • Mengisi jawatan-jawatan yang kosong bagi perkhidmatan-perkhidmatan gunasama.

2. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Sejarah perkembangan INTAN bermula dalam tahun 1959. Ia bermula dengan penubuhan Pusat Latihan Pegawai-pegawai Kerajaan di Port Dickson yang bertujuan melengkapkan pegawai-pegawai kerajaan dengan pengetahuan dan kepakaran bagi menghadapi cabaran-cabaran pembangunan selepas kemerdekaan. Pada tahun1963, pusat ini berpindah ke kampus Jalan Ilmu, Petaling Jaya dan pada tahun 1972, ia dijadikan institut bersesuaian dengan peranannya yang semakin meluas. Hari ini, INTAN mempunyai kompleks bangunan dan kampus sendiri yang terletak di Bukit Kiara, Damansara.

INTAN bertanggungjawab menganjurkan berbagai kursus untuk semua kumpulan sektor awam samada kursus jangka panjang yang bertaraf diploma atau jangka pendek. INTAN juga bertindak sebagai agen perubahan dan pembangunan bagi mempastikan ide progresif diamalkan untuk memajukan dan membangunkan negara. Di samping menganjurkan kursus-kursus, INTAN juga nenganjurkan pelbagai seminar, bengkel dan persidangan. INTAN juga menjalankan penyelidikan dan kajian dari semasa ke semasa bagi mempastikan
keberkesanan kursus dan keperluan-keperluan lain.

3. Unit Perancang Ekonomi (EPU)

EPU merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Unit ini mempunyai peranan untuk merancang pembangunan ekonomi negara. Ia dibahagikan kepada 2 bahagian utama :

i. Bahagian Perancangan Sektoral
ii. Bahagian Perancangan Makro

selain Seksyen Bantuan Luar dan Perkhidmatan Am yang member perkhidmatan pentadbiran serta kendalian urusan bantuan teknikal.

Fungsi-fungsi Unit Perancang Ekonomi :

  1. Menyedia rancangan-rancangan pembangunan kebangsaan 5 tahun.
  2. Memeriksa belanjawan pembangunan tahunan bersama-sama dengan Perbendaharaan dan JPA.
  3. Menganalisis kedudukan ekonomi negara dan antarabangsa untuk dijadikan asas perancangan dan pembangunan ekonomi.
  4. Mengurus bantuan kewangan dan teknik untuk negara daripada kerajaan-kerajaan asing dan institusi antarabangsa.
  5. Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dalam masalah-masalah ekonomi negara.
  6. Mengambil dayausaha bagi menjalankan penyelidikan ekonomi dan social.
  7. Menyelaras perlaksanaan berbagai-bagai projek pembangunan.

EPU juga bertindak sebagai Urusetia kepada Majlis Perancang Negara (MPN), Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN) dan Jawatankuasa Pelaburan Asing dan Panel Ekonomi.

4. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ditubuhkan pada tahun 1971. Disatukan dengan Unit Kemajuan Pentadbiran pada tahun 1972 dan dinamakan Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran. Peranan Kemajuan Pentadbiran kemudian dipindahkan kepada JPA dan unit ini wujud berasingan dan dinamakan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

ICU berperanan untuk menentukan penyelarasan dan pelaksanaan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Daru, Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan serta projek-projek pembangunan di peringkat Persekutuan, negeri dan antara jabatan.
Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, ICU mempunyai Pejabat Kemajuan Negeri. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat Pejabat Pembangunan Negeri. Di samping itu terdapat Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera yang ditubuhkan di Pulau Pinang. ICU bertanggungjawab mengesan, menganalisis dan menyelaras pelaksanaan rancangan pembangunan negara menerusi 5 program utama :

  • Program Membasmi Kemiskinan yang mempunyai matlamat meninggikan pendapatan golongan miskin.
  • Program menyusun semula masyarakat melalui penglibatan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian.
  • Program infrastruktur untuk meneliti dan mengawasi segala pembinaan bagi menambah, meninggikan taraf dan membaiki jalan-jalan utama di Semenanjung Malaysia.
  • Pembangunan sosial untuk mengendalikan program-program sosial yang besar seperti program-program perumahan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan lain-lain.
  • Pengesanan projek untuk mewujudkan sistem maklumat pengurusan dan menyelaras sistem komputer yang mengeluarkan maklumat mengenai perancangan dan program-program pembangunan.

Unit Penyelarasan Pelaksanaan juga bertanggungjawab bagi perkara-perkara :

  • Pengawalan perbadanan-perbadanan awam supaya menjalankan kegiatan selaras dengan kehendak kerajaan.
  • Pembangunan masyarakat bagi mengesan dan mengemaskinikan perkembangan projek-projek pembangunan masyarakat, rancangan amalan makanan dan pemakanan dan Rancangan Buku Hijau.
  • Penyelarasan penyertaan Bimuputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian iaitu memproses rayuan-rayuan daripada peniaga-peniaga Bumiputera dan menyelaraskan usaha-usaha Jawatankuasa Penyelarasan Bumiputera di negeri-negeri.

ICU juga adalah urusetia kepada Majlis Tindakan Negara dan bertanggungjawab mengendalikan Bilik Gerakan Negara.

5. Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

MAMPU merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bermula dengan khidmat perundingan untuk agensi-agensi Kerajaan pada tahun 1949 iaitu dengan penubuhan Bahagian Organisasi dan Metode/Kaedah di Perbendaharaan. Pada tahun 1967, khidmat ini diperluaskan dengan penubuhan Unit Kemajuan Pentadbiran di Jabatan Perdana Menteri. Ia kemudiannya dicantumkan sebagai Bahagian Penyelarasan, Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran tetapi tugas kemajuan pentadbiran dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1977, Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia atau MAMPU ditubuhkan sebagai satu agensi khusus untuk menumpukan perhatian ke atas pemodenan tadbiran.

Secara am, MAMPU mempunyai peranan untuk memodenkan system pentadbiran kerajaan dan memberi perkhidmatan perundingan pengurusan kepada oranisasi kerajaan.

MAMPU mempunyai objektif-objektif seperti berikut :

  • mengukuhkan struktur pentadbiran dan perancangan tenaga manusia dalam jentera pembangunan di peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan tempatan.
  • memperbaiki dan memodenkan sistem dan tatacara tadbiran di peringkat operasi menerusi kajian-kajian sistem dan pengurusan khususnya untuk mempercepatkan proses pelaksanaan pembangunan.
  • memperkenalkan teknik dan inovasi baru dalam jentera pentadbiran kerajaan bagi meningkatkan keberkesanan system pengurusan bahan atau sumber dan program-program di semua peringkat kerajaan.
  • memperkenalkan sistem yang lebih efektif dalam usaha ke arah perancangan dan kemajuan tenaga manusia dapat dibuat untuk pembangunan ekonomi
  • mengawal dan menyelaras pembelian serta penggunaan alat-alat pemprosesan data automatik oleh agensi-agensi kerajaan

MAMPU juga mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak dan bertindak sebagai Urusetia kepada beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pemprosesan Data Negara dan Panel Etika Perkhidmatan Awam.

6. Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi (SERU)

Ditubuhkan pada tahun1980. Merupakan percantuman 2 agensi penyelidikan iaitu Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi dan Perancangan Am, dan Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia. Percantuman ini merupakan suatu usaha ke arah mengembelingkan semua kepakaran penyelidikan sosio-ekonomi bagi memberi sumbangan yang lebih besar kepada proses pembangunan negara.

Secara umum unit ini berfungsi untuk menilai kesan dasar dan program-program pembangunan ke atas rakyat bagi maksud pembekalan maklumat yang dapat menyumbang kepada perancangan dan pelaksanaan program-program yang lebih efektif.

SERU mempunyai objektif-objektif berikut :

a. mengesan keperluan dan menjalankan penyelidikan impak sosio-ekonomi terhadap usaha-usaha pembangunan negara bagi kepentingan perancangan dan pelaksanaan yang lebih efektif.

b. mengesan, menyelaras dan mengawal usaha-usaha penyelidikan sosio-ekonomi daripada dalam dan luar negara oleh agensi-agensi supaya hasil penyelidikan dapat memberi sumbangan terbaik kepada proses pembangunan masyarakat dan negara.

c. memberi bantuan tenaga dan kerjasama dalam penyelidikan sosio-ekonomi kepada agensi-agensi lain dalam bidang penilaian, kesan rancangan dan projek-projek yang telah, sedang atau yang akan diselenggarakan.

d. mewujudkan forum perbincangan mengenai masalah-masalah pembangunan sosio-ekonomi menerusi seminar-seminar, pengumpulan maklumat dan analisis di peringkat tempatan, kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa bagi kepentingan negara.

Peranan penyelarasan penyelidikan unit ini adalah penting untuk mengelakkan usaha-usaha penyelidikan yang bertindih dan bagi mempastikan penyelidikan ditumpukan kepada perkara-perkara penting supaya ia memberi hasil yang terbaik seperti yang dirancangkan.

Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Malaysia Treasury, Ministry of Finance

Perbendaharaan Malaysia terletak dibawah Kementerian Kewangan. Peranan Perbendaharaan ialah merumus, merancang dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan Kerajaan Persekutuan. Tugas-tugas ini dilaksanakan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pembahagian pendapatan yang lebih seimbang selaras dengan dasar kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru.

Perbendaharaan berfungsi seperti berikut :

  • Mengkaji kedudukan kewangan dan ekonomi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan-badan Berkanun.
  • Mengkaji dan meninjau kemajuan ekonomi keseluruhan dan membuat unjuran bagi keseluruhan pembangunan ekonomi bagi penggubal-penggubal dasar.
  • Mengkaji dan meramal permintaan dan penawaran serta aliran-aliran harga jangka pendek dan panjang berbagai barangan buatan Malaysia dan juga membuat anggaran hasil daripada barangan berkenaan.
  • Mengkaji kesan-kesan perkembangan dan pembaharuan system kewangan dan perkembangan pertukaran wang antarabangsa ke atas ekonomi negara ini.
  • Menganalisis dasar-dasar perdagangan antarabangsa.
  • Mengadakan dasar dan penyelarasan dalam perhubungan dengan institusi kewangan antarabangsa.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

MARDI telah diluluskan penubuhannya oleh Parlimen pada tahun 1969. MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan megiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian selain meningkatkan pulangan petani. Akta Parliament 1969 membuka jalan untuk penubuhan MARDI pada 28 Oktober pada tahun yang sama. Akta MARDI membenarkan MARDI berfunsi secara bebas bagi menggalakkan penyelidikan produktiviti. MARDI mula beroperasi pada tahun 1971.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau juga dikenali sebagai Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani di Malaysia. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanamanbaru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hortikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi pertanian tepat bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap.

Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi.

Petani dan usahawan yang menerima pakai teknologi MARDI telah berjaya menyumbangkan kepada kemajuan sektor makanan, pertanian dan industri asas tani negara. Ini telah membantu memampankan sektor pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi Malaysia. Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan urusan teras penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, MARDI menyediakan kumpulan pakar dalam bidang-bidang yang dikenalpasti diperlukan, serta memberi sumbangan berkesan terhadap korpus ilmu secara global.

Segala maklumat, penemuan saintifik dan ilmu pertanian yang diperolehi dari aktiviti R&D disalurkan melalui bahan penerbitan serta persidangan dan pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi memastikan MARDI tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam bidang makanan dan pertanian di peringkat global, perhubungan rapat dengan beberapa institut penyelidikan, universiti dan kumpulan jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa diperkembangkan.

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Kronologi
• 1953 – Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan oleh penjajah British setelah mendapat kritikan pemimpin Melayu seperti Sultan Idris dari Perak. RIDA bermaksud Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan.
• 1965 – Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur mendesak agar ekonomi Melayu diperkukuhkan. RIDA didapati tidak berkemampuan dan tidak berkesan.
• 1965 – RIDA disusun semula dan ditukar nama kepada MARA.

Organisasi
MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.

Operasi Pengurusan
Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara. Pusat-pusat operasi ini merangkumi:

• Ibu Pejabat
• Pejabat MARA Negeri
• Pejabat MARA Daerah
• MRSM
• Kolej MARA
• GIATMARA
• IKM
• Institut Kemahiran Tertinggi MARA
• Kolej Poly-Tech MARA
• Kenderaan Bas MARA
• Pejabat MARA Luar Negara
• Kolej Profesional MARA

VISI KORPORAT
Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa

MISI KORPORAT
Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera

OBJEKTIF
• Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif
• Melahirkan modal insan global dan berintegriti
• Menyumbang kepada pemilikan ekuiti
• Memudahkan sistem penyampaian

PIAGAM PELANGGAN
Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut :

• Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada keperluan negara

• Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari

PUISI PENUBUHAN MARA
AMANAH DAN AMARAH RAKYAT (25 TAHUN MARA)

USMAN AWANG NOVEMBER 1991
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pencipta, SN Dato’ Dr. Usman Awang yang telah menghadiahkan puisi ini kepada MARA.

Majlis Amanah Rakyat
Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA – Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.

RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan Menjadi sumpah amanah suatu wawasan

Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah Untuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan Menilai kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat yang dipahatkan.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau Rubber Industry Smallholders Development Authority, RISDA ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (KKLW) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Penubuhan ini mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.

Tanggungjawab
Mentadbir kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanam Semula) yang di tubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman semula 1952). Mengurus dan mengendali sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan dibawah peruntukan bahagian Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula 1952 dan Merancang dan melaksanakan segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.

Tugas
Melaksana segala pembaruan pertanian yang diperolehi dari penyelidikan Berkerjasama dan berhubung dengan semua agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemerosesan dan pemasaran getah demi mewujudkan dan mempercepatkan permodenan sektor pekebun kecil Menjalankan penanaman semula dan penanaman baru bagi sektor pekebun kecil dengan benih-benih yang mengeluarkan hasil yang tinggi mengikut cara yang disyorkan dan sistematik Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dapat dimodenkan dari segala aepek bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil Mendapatkan dan meyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan sektor pekebun kecil

Visi
Menjadi agensi PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Misi
Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial

Objektif
Pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2500.00 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun 2015.

Kumpulan sasar
Kumpulan Sasar seramai 425,739 pekebun kecil getah dan kelapa sawit di Semenanjung Malaysia. Jumlah keseluruhan 959,661 orang merangkumi ahli isi rumah termasuk isteri dan anak yang bakal menjadi generasi kedua RISDA melaksanakan strategi pembangunan seperti berikut:

• Menumpukan aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil pemilik pengusaha seramai 201,057 orang
• Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan
• Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif membangunkan ladang secara individu
• Melaksanakn projek ekonomi onfarm berasaskan kehendak pasaran untuk menambah pendapatan
• Melaksanakan program pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, berdaya maju dan memiliki budaya kerja yang cemerlang dan,
• Mendekatkan RISDA kepada kumpulan sasar melalui penubuhan pejabat-pejabat cawangan di kawasan tumpuan pekebun kecil
• Mewujudkan saluran pemasaran yang lebih cekap untuk hasil keluaran pekebun kecil.

Takrifan pekebun kecil dan estet
Pekebun kecil didefinisikan sebagai pemilik tanah getah yang memiliki kurang daripada 40.4686 hektar (100 ekar). Estet didefinasikan sebagai satu entiti yang memiliki tanah bertanam getah yang berkeluasan 40.4686 hektar atau lebih.

Bidang penghasilan utama RISDA (RKRA)
• RKRA 1 – Meningkatkan Pencapaian Tanam Semula di peringkat pembangunan tanah
• RKRA 2 – Meningkatkan produktiviti kebun getah / sawit pekebun kecil
• RKRA 3 – Meningkatkan perolehan harga komuniti di peringkat ladang (framgate price)
• RKRA 4 – Meningkatkan Modal Insan Pekebun Kecil melalui program latihan dan pengdampingan
• RKRA 5 – Meningkatkan pendapatan pekebun kecil

Piagam pelanggan
• Melulus permohonan yang lengkap bagi tanam semula dan semua program pembangunan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh terima
• Bayaran bantuan ansuran semasa dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 14 hari
• Bayaran bantuan berturut dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 12 hari
• Bekalan baja dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 14 hari
• Bekalan benih dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 15 hari

Program dan aktiviti
• Tanam semula
• Pengembangan
• Semaian
• Pemulangan wang ses Estet
• Sosial dan institusi
• Peningkatan ekonomi
• Sumber kewangan

Anak-anak syarikat RISDA
• Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd (ESPEK)
• Permodalan RISDA Bhd (PRB)
• RISDA Plantation Sdn. Bhd
• RISDA Semaian & Langskap Sdn. Bhd (RSSB)
• Protec Insurance Brokers Sdn. Bhd (PROTEC)
• Smallholder Development Corppration Sdn. Bhd (SHDC)
• Kolej RISDA
• RISDA Baja Sdn. Bhd
• RISDA FLEET Sdn. Bhd
• Binaris Property sdn. Bhd
• Koperasi Anggota RISDA Malaysia Sdn. Bhd (KARISMA)
• Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd (NARSCO)

Pusat latihan RISDA
• RISTEC, Port Dickson, NSDK
• Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), Padang Renggas, Kuala kangsar, Perak DR
• Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan DN
• Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), Kg Awah, Temerloh, Pahang DM
• Kolej RISDA Melaka

Kecemerlangan RISDA
• RISDA CERTIFIED MS ISO 9001:2008
• No. Sijil: AR 5234 Bertarikh 23 Julai 2010

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan menurut Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. Akta ini berkuatkuasa bagi negeri-negeri di Semenanjung pada 1 November 1971; di Sarawak pada 1 Julai 1973; dan di Sabah pada 1 Ogos 1995.

Visi
LKIM bertekad untuk menjadi organisasi yang berkualiti dan sentiasa bersedia serta mampu memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Kesejahteraan nelayan dan kemajuan industri perikanan negara adalah menjadi komitmen setiap anggota LKIM.

Misi
Membentuk masyarakat nelayan yang maju, gigih dan mampu bergerak selari dengan arus pembangunan negara serta mewujudkan industri perikanan yang moden.

Objektif
• Memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan.
• Memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.
PIAGAM PELANGGAN LKIM TAHUN 2012
Komitmen kami untuk memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan memberi kepuasan kepada pelanggan kami seperti berikut:-
1. Memberikan Keputusan Pendaftar ke atas pertikaian ahli dan cadangan Pindaan Perlembagaan yang dikemukakan oleh Persatuan Nelayan dalam tempoh sepuluh (10) hari.
2. Memberikan keputusan permohonan Projek Pembangunan yang dipohon dalam tempoh satu (1) Bulan dari tarikh permohonan diterima.
3. Memastikan semua tuntutan dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari dengan syarat dokumen-dokumen sokongan lengkap.
4. Memberikan keputusan permohonan Lesen Import, Eksport dan Lesen Berniaga Ikan LKIM dalam tempoh:
• Satu (1) Minggu untuk permohonan baru dan
• Satu (1) jam untuk permohonan Pembaharuan.
Dengan syarat semua maklumat atau dokumen yang dikehendaki lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

5. Memberi maklumbalas dalam masa :-
• Satu (1) hari untuk Aduan Media
• Satu (1) minggu untuk Aduan Awam dan Surat-surat Rasmi.
6. Mengemukakan Laporan dan Penyata akaun yang telah diaudit beserta dengan kertas kabinet ke Kementerian Pertanian sebelum 30 September setiap tahun untuk pembentangan di Mesyuarat Jemaah Menteri.
7. Memberikan keputusan ke atas permohonan Kad e-Diesel/e-Petrol yang diterima dari LKIM negeri dalam Tempoh satu (1) Hari.
8. Bayaran Elaun Sara Hidup dan Insentif Pendaratan Ikan dibayar pada setiap 15 haribulan.
9. Menyediakan kelulusan pendaftar ke atas Akaun Teraudit Persatuan Nelayan (PN) dalam masa satu (1) Bulan.

PROGRAM PEMBANGUNAN
• Pembangunan Industri Asas Tani
• Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan
• Pembangunan Infrastruktur
• Pembangunan Pemasaran
• Kawalselia Jeti Pendaratan Ikan
• Program Ikan Rakyat

PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI
A. Program/Aktiviti Seksyen Pembangunan Usahawan dan Pemerosesan
i. Bantuan Peralatan
ii. Bantuan Naik Taraf Premis
iii. Geran Pemadanan
B. Program/Aktiviti Seksyen Peningkatan Kualiti dan Pengkomersilan Produk
i. Bantuan Khidmat Nasihat
ii. Membantu Mempromosikan Produk
iii. Perantara dengan agensi kerajaan yang berkaitan

C. Program/Aktiviti Peningkatan Kemahiran Usahawan
i. Memberi Kursus dan bimbingan
ii. Lawatan
• Akuakultur

Jabatan Pertanian
Jabatan Pertanian telah ditubuhkan dalam tahun 1905. Tugas utama Jabatan Pertanian pada masa itu adalah untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Di bawah panduan Jabatan Pertanian beberapa Enakmen telah diluluskan untuk mempercepatkan pembangunan dan pemeliharaan hak-hak tanah. Ini termasuk yang bersangkutan dengan (1) Pemansuhan buruh berkontrak, (2) Mengkhususkan tanah untuk kaum bumiputra, (3) Penyekatan kemasukan musuh-musuh yang merbahaya, dan (4) Pemberian tanah kurang daripada 10 ekar kepada petani-petani sejati bagi tujuan bertani.

Di dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia (1974), selaras dengan penubuhan kerajaan-kerajaan negeri, peruntukan telah juga dibuat bagi membolehkan penubuhan Jabatan Pertanian Negeri di tiap-tiap negeri. Jabatan Pertanian di setiap negeri telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pengembangan bagi memajukan sektor pekebun kecil.

Di peringkat awalnya, usaha Jabatan pertanian tertumpu hanya kepada penyelidikan tanaman, menyediakan pakar-pakar teknikal kepada pengusaha-pengusaha ladang, dan perkhidmatan pengembangan kepada pekebun-pekebun kecil. Walaupun Jabatan Pertanian bertanggungjawab memajukan semua tanaman ekonomi yang berpotensi, Jabatan juga turut menjalankan aktiviti penting iaitu membangunkan perusahaan getah. Bagaimanapun, menyedari adanya peningkatan permintaan dari industri getah, kerajaan merasakan perlu diletakkan aktiviti penyelidikan getah ini dibawah satu bumbung yang berasingan. Dengan itu Institut Penyelidikan Getah Malaya (RRIM) telah ditubuhkan dalam tahun 1926.

Selepas negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, Jabatan pertanian telah berkembang dengan pesat dan diperkukuhkan. Ia terlibat sepenuhnya dalam bidang penyelidikan, menyediakan khidmat pengembangan dan pemasaran serta pembangunan pertubuhan-pertubuhan peladang. Bagaimanapun, dengan tertubuhnya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan – FAMA (1965), Institut penyelidikan dan Pembangunan Pertanian – MARDI (1970), Lembaga Pertubuhan Peladang – LPP (1973), Jabatan Pertanian telah disusun semula dan menumpukan peranannya dalam memberikan khidmat pengembangan terutamanya kepada petani-petani.

Peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pertanian masa kini adalah seperti berikut:

• Mempercepatkan transformasi pertanian kepada sektor masa kini sektor yang moden, dinamik dan komersial.
• Membangunkan industri tanaman makanan dan bunga-bungaan.
• Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal.
• Melindungi industri pertanian negara.
• Menjamin keselamatan makanan dan alam sekitar.
• Bergiat dalam forum-forum, hubungan dua hala, dan kerjasama teknikal antarabangsa.
• Mempertingkatkan pembangunan sumber manusia.

VISI JABATAN PERTANIAN
Ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasi eksport.

MISI JABATAN PERTANIAN
Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengamalan teknologi terkini dan khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.

PERKHIDMATAN TERAS
Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

Menguatkuasa akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa.

MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN
“ANDA KAMI UTAMAKAN”

OBJEKTIF JABATAN PERTANIAN
• Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.
• Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.
• Mewujudkan kumpulan tenaga terlatih yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.
• Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.
• Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.
• Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan terancam pupus.

FUNGSI JABATAN PERTANIAN

• Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
• Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
• Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.
• Menjalankan latihan di Institut / Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
• Mengawalselia mutu bahan / benih tanaman negara
• Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Mahluk Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.
• Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukkan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.
• Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.
• Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhn 2004 (Akta 634) untuk melindungi hak intelek bagi varieti-varieti tempatan seperti baka-baka yang baik terutama kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan bunga-bungaan.
• Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan antarabangsa.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari tahun 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang. Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus.

Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 pula digubal khusus untuk menyusun semula persatuan-persatuan peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-persatuan peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada PP. Pada masa ini terdapat 1531 buah koperasi berasaskan pertanian dan 119 persatuan peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar bandar.

VISI
Lembaga Pertubuhan Peladang menjadi peneraju pembangunan Pertubuhan Peladan yang unggul dan cemerang.

MISI
Membangunkan Pertubuhan Peladang sebagai pemberi perkhidmatan yang berkesan kearah ahli peladang komersil.

Fungsi LPP seperti yang termaktub di dalam Akta, adalah seperti berikut :-
• Untuk menggalak, mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial Pertubuhan-pertubuhan peladang.
• Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
• Jika satu pengisytiharan telah dibuat melalui pengumuman di bawah seksyan 10, untuk merancang dan melaksanan sesuatu pembangunan pertanian di dalam Pertubuhan Peladang Kawasan berkenaan: dan
• Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.
• LPP melaksanakan semua aktiviti ini yang boleh dikumpulkan dalam tiga fungsi utama iaitu : fungsi sebagai Pendaftar: fungsi sebagai Agen Pengurusan : dan Fungsi sebagai agen Pembangunan.

i. Fungsi Pendaftar
Ketua Pengarah LPP ialah Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang (PP) dan koperasi berasaskan pertanian dan bertanggungjawab untuk mendaftar, menyelia dan mengawal termasuk pengauditan akaun semua PP dan koperasi yang berasaskan pertanian. Kuasa dan tugas agensi dan pendaftar adalah berhubungan dengan :

• Pendaftar PP dan koperasi berasaskan pertanian
• Menyelia dan mengawal semua aktiviti PP dan koperasi berasaskan pertanian.
• Mengaudit dan mengawal akaun
• Membatal pendaftaran termasuk memansuhkan satu-satu pertubuhan: dan
• Memberi pendidikan dan latihan untuk ahli
• Pendaftar telah melantik Ketua Eksekutif bagi agensi-agensi berkenaan sebagai wakilnya bagi memudah kelancaran dan keberkesanan tugas-tugas dan tanggungjawab pendaftar di kawasan MADA, KADA dan negeri Sarawak. Pengarah-pengarah LPP negeri juga telah dilantik. Namun kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung, memansuh dan sebagainya masih lagi dipegang oleh Pendaftar.

ii. Fungsi Pengurusan
LPP memberi khidmat pengurusan PP untuk melancarkan operasi dan melaksanakan projek secara cekap. khidmat yang diberikan termasuk pentadbiran kakitangan, khidmat pengurusan, latihan untuk kakitangan PP dan khidmat perundingan.

iii. Fungsi Pembangunan
Teras utama LPP adalah untuk meneroka pembangunan ekonomi dan sosial PP dan melaksanakan projek secara cekap dan bersepadu bagi meningkatkan lagi pendapatan PP seterusnya memberi faedah kepada ahli-ahli. DibawahRancangan Malaysia Kesembilan RMKe-9 (2006 – 2010), Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah *RM291 juta khusus untuk pembangunan ekonomi dan sosial PP.

*Jumlah sebenar RM 291,202,405
Peranan LPP
LPP melaksanakan program dan projek selaras dengan polisi semasa kerajaan dalam bidang pertanian dan pembangunan luar bandar termasuk yang menyentuh isu mengurang kadar kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Penglibatan LPP dalam polisi kerajaan yang paling relevan ialah:-

a) Dasar Pembangunan Negara (NAP)
Peranan LPP dalam Dasar Pembangunan Negara ini adalah untuk membantu melaksanakan pembangunan yang seimbang. Dalam melaksanakan program dan projek untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. LPP melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan Dasar yang terdapat dalam Perspektif Pelan Rangka Ketiga (2001 – 2010). Dasar-dasar ini adalah berkaitan dengan:

• Membangunkan sebuah negara yang jitu,
• Membangun ke arah masyarakat yang adil,
• Mengekalkan pertumbuhan ekonomi,
• Berdaya saing peringkat global,
• Membangunkan ekonomi yang berteraskan pengetahuan ( K-Ekonomi ),
• Pengukuhan Pembangunan Sumber Manusia,
• Pembangunan yang menjaga alam sekitar

b) Dasar Pertanian Negara Ketiga ( NAP 3 ) 1998-2010

Di bawah NAP 3. Halatuju, strategi dan makanisma pelaksanaan dasar baru diletakkan keperihatiannya kepada pembangunan pertanian dan ekonomi secara keseluruhannya. Penumpuan terhadap sekurti makanan, produktiviti, inflasi, pelaburan sektor swasta didalam pertanian, pengalakan eksport dan pengurangan import yang tidak produktif serta pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara wajar.

Lima fungsi utama LPP di bawah dari Pelan Korporat LPP (2000-2005) dan Dasar Pertanian Negara adalah seperti berikut:

• Mengerakkan dan mengatur peladang-peladang untuk menceburi projek pertanian yang berasaskan kesesuaian iklim, tanah, kehendak pasaran dan kebolehupayaan.
• Mengukuhkan institusi peladang sejajar dengan Dasar Pertanian Kebangsaan Ketiga yang mana untuk mengubah PP menjadi pertubuhan yang berorentasikan perniagaaan.
• Meningkatkan pembangunan peladang usahawan.
• Meningkatkan pembangunan sumber Manusia.
• Melengkapi PP dengan kemudahan IT bagi mengupayakannya menjadi agensi setempat di sektor luar bandar.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

• Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.

• Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.

• Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.

• Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

• Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Visi :
FELDA sebagai peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi.

Misi :
Meningkatkan kesejahteraan hidup warga peneroka FELDA melalui:
• Penghasilan kebun yang tinggi.
• Menyediakan kemudahan dan infrastruktur moden.
• Meningkatkan potensi dan kualiti modal insan.
• Mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti.
• Mempelbagaikan sumber ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi.
• Memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia.
• Memupuk budaya kecemerlangan.

5 Teras FELDA :

• Komuniti FELDA menjadi komuniti contoh luar bandar.
• Warga peneroka menjadi golongan berpendapatan tinggi.
• FELDA menjadi pelaku global.
• Membangunkan potensi generasi baru.
• Memperkukuhkan budaya FELDA sebagai institusi.

Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)

Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.

Peranan AADK
Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.

Bidang Tugas AADK
Bidang tugas Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-
• Melaksanakan program pencegahan
• Melaksanakan program rawatan dan pemulihan Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara
• Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
• Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan

Agensi AntiDadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah ADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah ADK manakala Pegawai ADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah ADK Negeri.

VISI
Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah

MISI
Agensi Utama Memerangi Dadah

OBJEKTIF
• Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah
• Merawat dan memulih penagih dadah
• Mencegah penagihan semula
• Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah

STRATEGIK
Menghapuskan permintaan dan bekalan dadah dalam negara melalui:
• Pencegahan
• Rawatan dan Pemulihan
• Penguatkuasaan
• Kerjasama Antarabangsa

KOD ETIKA
• Mendukung visi dan misi Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai satu amanah
• Menolong penagih dadah secara profesional berlandaskan keperluan sebagai insan yang mempunyai maruah dan harga diri
• Peka terhadap perkembangan masalah dadah semasa dan memastikan pembangunan diri secara berterusan
• Berkerjasama dan berurusan secara profesional dan
• Menghormati dan mematuhi arahan dengan jujur dan ikhlas

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bertanggungjawab untuk memandu dan mengawasi perkembangan Sains Angkasa di Malaysia melalui usaha-usaha berikut :

• Memberi kepimpinan dalam aspek pendidikan dan penyelidikan Sains Angkasa
• Membantu kerajaan merumus dan melaksankan Dasar Angkasa Negara
• Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan untuk mencapai matlamat di atas.

VISI
Memanfaatkan angkasa sebagai wadah bagi penjanaan ilmu, kemakmuran negara, dan kesejahteraan masyarakat.

MISI
Membangunkan keupayaan negara dalam sektor angkasa untuk menyokong pembangunan ekonomi baru, menjana ilmu, dan memperkukuhkan infrastruktur keselamatan negara.

ANGKASA (Agensi Angkasa Negara) mengandungi empat bahagian:

1. Bahagian Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia, berpusat di Ibu Pejabat Putrajaya
2. Bahagian Pendidikan & Sains Angkasa, berpusat di Planetarium Negara, Kuala Lumpur
3. Bahagian Pengoperasian & Sistem Angkasa, berpusat di Pusat Angkasa Malaysia, Banting
4. Bahagian Pembangunan Teknologi & Aplikasi Angkasa, berpusat di Ibu Pejabat Putrajaya

Piagam Pelanggan
• Meningkat, merangsang dan memupuk keupayaan negara dalam bidang angkasa melalui usaha yang terkamir dan terselaras bagi membangun serta mengaplikasi teknologi angkasa untuk manfaat negara;
• Menyokong dan menambah nilai kepada dasar-dasar negara;
• Mempromosi kerjasama antarabangsa; dan
• Memajukan ilmu pengetahuan untuk manfaat kemanusiaan amnya dan rakyat Malaysia khususnya.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.

Hasil daripada Laporan Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya Tahun 1932, dua tindakan susulan telah diambil oleh kerajaan pada masa tersebut:

• penubuhan Ibu Pejabat Jabatan Mergastua pada tahun 1937 dengan pelantikan Captain Ritchie sebagai Ketua Pelindung Mergastua yang pertama; dan
• penubuhan King George V National Parks yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 4,343 km persegi di sempadan Pahang, Kelantan dan Terengganu pada tahun 1938/1939.

Pada tahun 1955, satu perundangan baru, “The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance” telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkaitan. Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.

VISI
Menjadi institusi yang cemerlang dalam konservasi dan pengurusan lestari biodiversiti ke arah pencapaian wawasan Negara.

MISI
Menerajui integrasi dan pelaksanaan program konservasi dan pengurusan lestari biodiversiti negara secara cekap dan berkesan.

OBJEKTIF
• Perlindungan, pengurusan serta pengekalan biodiversiti untuk penghasilan faedah yang optimum
• Perlindungan dan pembangunan kawasan-kawasan perlindungan untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estatik, rekreasi dan ekologi
• Peningkatan pengetahuan, kesedaran dan sokongan orang ramai mengenai keperluan untuk kepentingan konservasi biodiversity.

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Buku Skrap Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Kepada Cikgu Harris yang telah banyak memberikan sokongan, galakan dan perangsang yang sepenuhnya kepada saya untuk meneruskan usaha menyudahkan kerja kursus ini.

Kepada ibu dan kakak saya yang banyak membantu saya dari segi kewangan dan didalam penyediaan maklumat-maklumat yang diperlukan. Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea. Terima kasih sekalung budi.

Sekian. Terima Kasih.

Aimielya Farisha Nasuha
5 Berlian

ISI KANDUNGAN
Peranan Agensi-agensi Kerajaan

i. Pengenalan
ii. Konsep Agensi Pusat
iii. Jenis Agensi Pusat dan Peranannya
a. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
b. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
c. Unit Perancang Ekonomi (EPU)
d. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
e. Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
f. Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi (SERU)
iv. Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
v. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
vi. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
vii. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
viii. Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
ix. Jabatan Pertanian Malaysia
x. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
xi. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
xii. Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)
xiii. Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
xiv. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
xv. Direktori Agensi/Jabatan Kerajaan
xvi. Penghargaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: