Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Untitled-1

  • SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  • Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
  • Sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimakan. SAPS juga boleh dijadikan ”Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value) dan AR (Actual Result).
  • Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sistem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun (sekira tiada perubahan). Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan, diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.
  • Laman web SAPS ini boleh dicapai melalui http://saps.moe.gov.my ATAU Ibubapa boleh membuat semakan markah anak-anak mereka di http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Contoh semakan keputusan saya pada tahun 2012. Huaaaaa.. lari!!

Fullscreen capture 05042013 95057 AM.bmpSorry mama, kita janji untuk UPSR kita akan belajar dengan lebih tekun lagi ok! Mmuahh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: