Sains : Mesin Ringkas (‘Simple Machines’) – Year 6

cdbab078a4cc33841b15e2b01768b5c6-d62hlco

Simple Machines

Simple machines are “simple” because most have only one moving part. Some are so simple, they don’t have any moving parts! When you put simple machines together, you get a complex machine, like a lawn mower, a car, even an electric nose hair trimmer! Remember, a machine is any device that makes work easier. In science, “work” means making something move. It’s important to know that when you use a simple machine, you’re actually doing the same amount of work — it just seems easier. A simple machine reduces the amount of effort needed to move something, but you wind up moving it a greater distance to accomplish the same amount of work. So remember, there’s a trade–off of energy when using simple machines.

Mesin Ringkas

Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah pergerajkan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang dikenakan pada beban. Dalam ayat yang lebih mudah, mesin ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi senang. Mesin ringkas menggunakan satu daya yang dikenakan untuk melakukan kerja ke atas satu beban. Beberapa mesin ringkas apabila digabungkan bersama untuk membentuk mesin kompleks, akan mengurangkan daya yang diperlukan untuk melakukan ‘kerja’ ke atas beban, seperti mengangkat atau menarik beban.

Types Of Simple Machines

  1. Machines are tools that help us do most of our work.
  2. Machines help us carry heavy things.
  3. Machines help us wash our clothes.
  4. Machines help us travel faster from one place to another.
  5. Machines make life easier.
  6. A simple machine is a device that allows us to use less force to make work easier and faster.
  7. We can group simple machines into different types based on their functions.

The following are the different types of simple machines:

  • lever
  • wheel and axle
  • pulley
  • wedge
  • inclined plane
  • screw
  • gear

Jenis-jenis Mesin Ringkas

  1. Mesin adalah alat yang membantu kita untuk menjalankan kerja dengan lebih cepat dan mudah.
  2. Mesin membantu kita membawa barang-barang berat.
  3. Mesin membantu kita membasuh baju.
  4. Mesin membantu kita bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan lebih cepat.
  5. Mesin memudahkan hidup kita.
  6. Satu mesin ringkas ialah mesin yang membenarkan kita menggunakan kurang daya untuk membuat kerja dengan lebih mudah dan cepat.
  7. Kita boleh kelaskan mesin ringkas kepada banyak jenis berdasarkan fungsi mesin ringkas.

Berikut adalah jenis-jenis mesin ringkas:

  • tuas
  • roda dan gandar,
  • takal
  • baji
  • satah condong
  • skru
  • gear

Fullscreen capture 13042013 91726 AM

The Lever

  1. A lever is a simple machine.
  2. A lever consists of a bar that rests on a support as shown in the diagram.
  3. The point where the rod turns is called the fulcrum.
  4. The object that the lever lifts is called the load.
  5. The force which turns the lever is called the effort.
  6. The position of the fulcrum will determine the amount of effort that is needed to lift an object.

Tuas

  1. Tuas ialah sejenis mesin ringkas.
  2. Tuas terdiri daripada sebatang rod panjang yang disokong pada satu titik seperti yang ditunjukkan pada rajah di sebelah ini.
  3. Titik di mana rod disokong disebut fulkrum.
  4. Objek yang diangkat oleh tuas disebut sebagai beban.
  5. Daya yang digunakan untuk menurunkan tuas disebut daya.
  6. Kedudukan fulkrum akan menentukan jumlah daya yang diperlukan untuk mengangkat objek.

To lift a heavy load, we must…

  • place the fulcrum as near the load as possible,
  • apply the effort as far away as possible as shown in diagram below.

Untuk mengangkat objek yang berat, kita mesti

  • meletakkan fulkrum sedekat yang boleh dengan beban,
  • mengenakan daya sejauh yang mungkin seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah ini.

Fullscreen capture 12042013 41608 PM

If the fulcrum is placed near the load, less effort is needed to move the object.
Jika fulkrum diletakkan berdekatan dengan beban, sedikit daya diperlukan untuk menggerakkan objek.

If the fulcrum is placed far away from the load, more effort is needed to move the object.
Jika fulkrum yang diletakkan adalah jauh daipada beban, daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek adalah lebih.

Fullscreen capture 12042013 41644 PM

We use levers every day. The lever makes work easier.
Kita menggunakan tuas setiap hari. Tuas membuatkan kerja kita lebih mudah

Levers help us carry or move heavy objects easily.
Tuas membantu kita membawa atau menggerakkan objek yang berat dengan mudah.

Levers also help us do the following work much easier:
Tuas juga membantu kita membuat kerja-kerja yang berikut dengan mudah:

  • lifting an object, mengangkat objek
  • opening the lid of a can or bottle, membuka tudung tin atau botol,
  • pulling out nails, mencabut paku.

We can use a spoon as a lever to open the lid of a tin can.
Kita boleh menggunakan sudu sebagai tuas untuk membuka tudung tin.

We can use a claw hammer as a lever to pull out nails.
Kita boleh menggunakan penukul sebagai tuas untuk mencabut paku.

Fullscreen capture 12042013 34609 PM

Based on the positions of the fulcrum, object and load, we can group levers into…
Berdasarkan kedudukan fulkrum, daya, dan beban, kita boleh mengelaskan tuas kepada…

  • first class levers, tuas kelas pertama,
  • second class levers, tuas kelas kedua,
  • third class levers. tuas kelas ketiga.

First Class Levers
Tuas Kelas pertama

In a first class levers, the positions of the effort, fulcrum and load are as shown below.
Untuk tuas kelas pertama, kedudukan daya, fulkrum, dan beban adalah seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Fullscreen capture 12042013 41923 PM

The fulcrum is between the effort and the load.
Fulkrum terletak di antara daya dengan beban

Fullscreen capture 12042014 41923 PM

To lift a heavy load with a first class lever, we must…
Untuk mengangkat objek yang berat, kita mesti…

apply the effort as far away as possible from the fulcrum as shown in diagram below.
mengenakan daya sejauh yang boleh daripada fulkrum seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah ini.

Fullscreen capture 12042013 42242 PMFullscreen capture 12042013 42445 PM

We Can use spoon to open the lid of a tin. We use the spoon as first class lever.
Kita boleh menggunakan sudu untuk membuka tudung tin. Kita menggunakan sudu sebagai tuas kelas pertama.

We use a claw hammer as a first class lever to pull out nails.
Kita menggunakan penukul sebagai tuas kelas pertama untuk mencabut paku

Some other examples of simple machines that are first class levers are…
Contoh lain mesin ringkas yang merupakan tuas kelas pertama ialah…

  • the see-saw, jongkang jongket,
  • scissors, gunting,
  • pliers. playar.

Fullscreen capture 12042013 42722 PM

Second Class Levers
Tuas Kelas Kedua

In a second class lever, the load is between the fulcrum and effort as shown below.
Dalam tuas kelas kedua, beban terletak di antara fulkrum dengan daya seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Fullscreen capture 12042013 42813 PM

Examples of simple machines that are second class levers are…
Contoh mesin ringkas yang merupakan tuas kelas kedua ialah…

  • the bottle opener, pembuka tudung botol,
  • the paper cutter, pemotong kertas,
  • the wheelbarrow. kereta sorong.

Fullscreen capture 12042013 34948 PM

Third Class Levers
Tuas Kelas Ketiga

In a third class lever, the effort is between the load and the fulcrum as shown below.
Untuk tuas kelas ketiga, daya terletak di antara beban dengan fulkrum seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Fullscreen capture 12042013 43007 PM

Examples of third class levers are…
Contoh mesin ringkas yang merupakan tuas kelas ketiga ialah…

  • ice tongs, penyepit ais,
  • the fishing rod, kail pemancing,
  • the broom, penyapu.

Fullscreen capture 12042013 35143 PM

The Wheel And Axle
Roda Dan Gandar

A wheel and axle is a simple machine.
Roda dan gandar adalah sejenis mesin ringkas.

The wheel and axle helps us carry or move heavy objects easily.
Roda dan gandar membantu kita membawa atau menggerakkan objek berat dengan mudah.

A wheel and axle is made up of a large wheel connected to a rod called the axle as shown below.
Roda dan gandar terdiri daripada satu roda besar yang disambung kepada sebatang rod yang disebut gandar seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Fullscreen capture 12042013 43142 PM

Diagram shows the wheel and axle fixed to a well.
Rajah menunjukkan roda dan gandar yang dipasang pada perigi.

When the wheel turns, the axle also turns.
Apabila roda berpusing, gandar juga berpusing.

To take water from the well, a bucket is tied to an axle.
Untuk mengambil air daripada perigi, timba diikat pada gandar.

The axle can be rotated by using the wheel.
Gandar boleh dipusing dengan menggunakan roda.

When the wheel and axle rotates the bucket can move up or down to carry water.
Apabila roda dan gandar berpusing, timba akan bergerak ke atas atau ke bawah untuk mengangkut air.

Examples of tools which use the wheel and axle are:
Contoh alat yang menggunakan roda dan gandar ialah:

  • the screw driver, pemutar skru,
  • the egg beater, pemukul telur,
  • the tap, pili air,
  • the car spanner, spanar kereta,
  • the pencil sharpener. pengasah pensel.

Fullscreen capture 12042013 35316 PM

The Pulley
Takal

A pulley is a simple machine.
Takal ialah suatu mesin ringkas.

A pulley is a wheel that turns around an axle.
Takal adalah satu roda yang beralur dan boleh diputarkan pada satu gandar

A rope goes over a pulley.
Satu tali diletakkan pada alur roda tersebut.

The rope is used to connect the load with the effort.
Tali itu digunakan untuk menyambungkan beban dengan daya.

A pulley is shown below.
Takal ditunjukkan di bawah ini.

Fullscreen capture 12042013 44025 PM

The pulley shown below is a fixed pulley.
Takal yang ditunjukkan di bawah ini adalah takal tetap.

A fixed pulley is a pulley that does not move.
Takal tetap adalah takal yang tidak bergerak

Fullscreen capture 12042013 44047 PM

When the rope is pulled, the load is pulled up.
Apabila tali ditarik, beban akan naik ke atas.

Examples of fixed pulleys are…
Contoh takal tetap ialah…

  • the pulley for raising or lowering a flag, takal untuk menarik untuk menaikkan atau menurunkan satu bendera,
  • the pulley for lifting a heavy object. takal untuk mengangkat objek yang berat.

Fullscreen capture 12042013 44151 PM

A fixed pulley makes it easier to lift a heavy object by changing the direction of the force.
Takal tetap memudahkan untuk mengangkat objek berat dengan menukarkan arah daya.

However, the force needed to move the load is usually greater than the load.
Walau bagaimanapun, daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek biasanya adalah lebih besar daripada beban.

The distance moved by the load is equal to the distance moved by the effort.
Jarak yang dilalui beban adalah sama dengan jarak daya.

Diagram below shows a movable pulley.
Rajah di bawah ini menunjukkan satu takal yang bergerak.

Fullscreen capture 12042013 44245 PM

An example of a movable pulley is shown below.
Satu contoh takal bergerak ditunjukkan di bawah ini.

Fullscreen capture 12042014 44245 PM

A movable pulley does not change the direction of the force.
Takal yang bergerak tidak menukarkan arah daya.

Both the effort and the load move in the same direction.
Kedua-dua daya dan beban bergerak pada arah yang sama.

Fullscreen capture 12042013 44505 PM

The effort must move a greater distance than the load.
Jarak yang dilalui oleh daya adalah lebih daripada jarak yang dilalui oleh beban.

Using a pulley system makes work easier.
Penggunaan sistem takal memudahkan kerja.

The diagram shows an example of a pulley system that consists of a fixed pulley and a movable pulley.
Rajah di bawah ini menunjukkan contoh sistem takal yang terdiri daripada satu takal tetap dan satu takal bergerak.

It changes the direction of the force.
Sistem takal menukarkan arah daya.

It enables us to use less force to lift the load.
Sistem takal membolehkan kita menggunakan kurang daya untuk mengangkat objek.

An example of a pulley system is shown below.
Contoh sistem takal ditunjukkan di bawah ini.

Fullscreen capture 12042013 44552 PM

The Wedge
Baji

A wedge is a simple machine consisting of one or two inclined planes forming a sharp edge.
Baji adalah mesin ringkas yang terdiri daripada satu atau dua satah condong yang membentuk hujung yang tajam.

Fullscreen capture 12042013 44704 PM

A wedge is used to cut or separate objects.
Baji digunakan untuk memotong atau memisahkan objek-objek.

Axes, knives and pins are example of wedges.
Kapak, pisau, dan jarum adalah contoh baji.

When an axe hits wood, the sharp edge enters the wood easily and the broad edge splits the wood apart.
Apabila kapak terkena kayu, hujung tajam memasuki kayu dengan mudah dan bahagian kapak yang besar akan memisahkan kayu.

Fullscreen capture 12042013 35716 PM

Inclined Plane
Satah Condong

An inclined plane is a simple machine consisting of a plane or a flat surface placed in a slanting manner as shown below.
Satah condong adalah sejenis mesin ringkas yang terdiri daripada satu satah atau permukaan datar yang diletakkan dalam keadaan condong seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Fullscreen capture 12042013 44846 PM

Inclined planes make it easier to move heavy objects.
Satah condong membantu menggerakkan objek berat dengan mudah.

It is easier to push a heavy load up a gentle inclined plane than a steep inclined plane.
Adalah lebih mudah menolak beban yang berat di atas satah condong yang landai daripada di atas satah condong yang curam.

An example of an inclined plane is a ramp.
Satu contoh satah condong ialah landasan condong.

A ramp allows us to use a smaller force to move a heavy load up a lorry as shown below.
Landasan condong membolehkan kita menggerakkan objek yang berat ke atas lori dengan menggunakan daya yang lebih kecil seperti yang ditunjukkan di bawah ini.

Fullscreen capture 12042013 44958 PM

The staircase is another example of an inclined plane.
Tangga adalah satu contoh satah condong.

It makes it easier for us to walk up.
Tangga membantu kita naik ke tempat tinggi dengan lebih mudah.

A winding road up a mountain as shown below is an inclined plane.
Jalan yang berliku-liku di kawasan bukit seperti yang ditunjukkan di bawah adalah satu satah condong.

The road is built in that way to make sure that it is not too steep.
Jalan dibina seperti itu untuk memastikan jalan tidak terlalu curam.

If a road is built in a straight line from P to Q, the road will be very steep.
Jika jalan dibina terus daripada P ke Q, jalan akan menjadi sangat curam.

It will be very difficult to drive up the steep road.
Adalah amat sukar untuk memandu di jalan yang curam.

A winding road up a mountain
Jalan berliku-liku menaiki bukit

The Screw
Skru

A screw is a thread-shaped inclined plane spiralling up an upright plane.
Skru terdiri daripada satu satah condong berbentuk bebenang yang berputar secara berpilin pada satu satah tegak.

A screw can fix two objects together.
Skru digunakan untuk mencantumkan dua objek

A screw
Skru

Screws can be used to fasten furniture together.
Skru boleh digunakan untuk melekatkan perabot.

Screws can also be used to fasten hinges on doors.
Skru juga boleh digunakan untuk melekatkan engsel pada pintu.

Fullscreen capture 12042013 45247 PM

The Gear
Gear

A gear is a simple machine that consists of a wheel with teeth.
Gear adalah satu mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang bergigi.

Gears make movement easier.
Gear memudahkan pergerakan.

Gears help change the speed and the direction of movements.
Gear membantu mengubah laju dan arah pergerakan.

When two gears are in contact, the movement of one gear will rotate the other gear to move.
Apabila dua gear bersentuhan, pergerakan satu gear akan memutarkan satu lagi gear supaya bergerak.

When one gear turns anticlockwise, the other gear turns in the opposite direction. It turns in the clockwise direction as shown in the diagram.
Apabila satu gear berputar arah lawan jam, gear lain akan berputar dalam arah yang bertentangan. Gear itu akan berputar dalam arah ikut jam seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah ini.

When the big gear turns once, the small gear turns many times.
Apabila gear besar berputar sekali, gear kecil akan berputar banyak kali.

Therefore the small gear turns faster than the big gear.
Oleh itu, gear kecil berputar lebih cepat daripada gear besar.

Gears can be found on a bicycle.
Gear terdapat pada basikal.

Fullscreen capture 12042013 45356 PM

In a bicycle, the small gear is connected to the big gear by a chain.
Pada basikal, gear kecil disambungkan pada gear besar oleh rantai basikal.

When we pedal, the big gear will turn.
Apabila kita mengayuh, gear besar akan berputar.

When the big gear turns, the chain also turns.
Apabila gear besar berputar, rantai basikal juga akan berputar.

This makes the small gear turn and the wheel of the bicycle will turn as well.
Ini akan memutarkan gear kecil, dan seterusnya memutarkan roda basikal.

This makes the bicycle move forward.
Hal ini menyebabkan basikal bergerak ke hadapan.

The small gear turns in the same direction as the big gear.
Gear kecil berputar pada arah yang sama dengan gear yang besar.

Gears are also found in a watch and an egg beater.
Gear juga terdapat pada jam dan pemukul telur.

Fullscreen capture 12042013 45503 PM

A COMPLEX MACHINES
Mesin Kompleks

Some tools use more than one simple machine to work.
Sesetengah alat menggunakan lebih daripada satu mesin ringkas untuk berfungs

A tool with more than one simple machine is called a complex machine.
Alat yang mempunyai lebih daripada satu mesin ringkas disebut mesin kompleks.

Examples of complex machines are…
Contoh mesin kompleks ialah…

  • the bicycle, basikal
  • the wheelbarrow, kereta sorong
  • scissors, gunting,
  • the egg beater, pemukul telur,
  • the pencil sharpener, pengasah pensel,
  • the fishing rod. kail pemancing.

A bicycle is a complex machine that is made up of a wheel and axle, gears, lever and screw.
Basikal adalah mesin kompleks yang terdiri daripada roda dan gandar, gear, tuas, dan skru.

Fullscreen capture 12042013 35909 PM

The table below shows examples of complex machines and their simple machine components.
Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh mesin kompleks dan mesin-mesin ringkas yang ada padanya.

Fullscreen capture 12042013 40017 PM

Appreciating Machines
Menghargai Mesin

We live in a world of machines.
Kita hidup dalam dunia yang dipenuhi mesin.

Machines help do most of our work.
Mesin membantu kita membuat kebanyakan daripada kerja kita.

Machines make work easier.
Mesin membantu kita membuat kerja dengan lebih mudah.

Machines help move heavy things.
Mesin membantu kita mengangkat benda-benda yang berat.

Machines such as cars, trains and aeroplanes help us travel from one place to another.
Mesin seperti kereta, kereta api, dan kapal terbang membantu kita bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

Transport or movement from one place to another is made easier
Pengangkutan atau pergerakan daripada satu tempat ke tempat lain adalah lebih mudah

 

We use the washing machine to wash our clothes.
Kita menggunakan mesin pembasuh baju untuk mencuci pakaian.

We use a clock to measure the time.
Kita menggunakan jam untuk mengetahui masa.

We can do a lot of things with machines.
Kita boleh membuat pelbagai perkara dengan mesin.

Fullscreen capture 12042013 50646 PM

Machines make life easier.
Mesin memudahkan kehidupan kita.

It is a lot more pleasant to live in a world.
Dunia akan menjadi tempat yang lebih mudah untuk didiami dengan adanya mesin.

Living in a world without machines is like living in prehistoric times.
Dunia tanpa mesin adalah seperti dunia pada masa prasejarah.

Everything must be done with our bare hands.
Semua perkara perlu dilakukan dengan menggunakan kedua-dua tangan kita.

We will have difficulty moving heavy things.
Sukar untuk pindahkan barang-barang yang berat.

We will not be able to travel very far from one place to another.
Kita tidak akan berupaya untuk bergerak jauh daripada satu tempat ke tempat lain.

Life would be much more difficult without machines.
Hidup akan menjadi lebih sukar tanpa mesin.

One thought on “Sains : Mesin Ringkas (‘Simple Machines’) – Year 6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: