Sejarah Diri Dan Keluarga – Sejarah Tingkatan 1

Untitled-1Hai kawan-kawan, seronak tak cuti sekolah tempoh hari? Mesti banyak homework yang cikgu beri untuk disiapkan semasa cuti kan? Termasuklah projek Buku Skrap Sejarah Tingkatan 1 – Sejarah Diri Dan Keluarga. Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan buku skrap dalam waktu yang ditetapkan cikgu. Memang susah pada mulanya. Tapi, saya minta pertolongan serta tunjuk ajar dari mama. Thanks mama! I love you. Hehehe. Dan disini saya kongsikan bersama maklumat2 yang dapat dikumpulkan. Semoga memberi sedikit idea kepada kawan-kawan yang masih belum siapkan ye.😀

1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing saya iaitu Puan Salmi yang tidak jemu-jemu memberi bimbing, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara  membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan.

Saya juga ingin mengacapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya yang turut membantu saya untuk menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan Kerja Krusus ini memerlukan tenaga, buah fikiran, dan wang ringgit.

Terima kasih juga kepada datuk dan nenek saya kerana telah membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. Meraka turut membantu menyemak data, laporan serta membuat teguran agar memperoleh  hasil kajian dengan cemerlang.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut :

  1. Saya dapat menegenali dan memahami asal usul keluarga saya.
  2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehingga kepada generasi saya.
  3. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya.
  4. Saya boleh merasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya.
  5. Saya dapat menguasai kemaharian mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:

1. Kaedah temuramah

Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu, datuk dan nenek saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.

2. Kaedah pemerhatian

Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu, datuk dan nenek saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.

3. Kaedah analisis dokumen

Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan dan journal harian ibu saya, dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

4.0 LAPORAN KAJIAN

(4.1) Salasilah keluarga

-CARTA KELUARGA (contoh)-

6579459-big-treeb copy

(4.2) Perkembangan diri dan keluarga

-BIODATA-

Fullscreen capture 03042013 23115 PM.bmp

(4.3) Tokoh dalam keluarga (Contoh)

Saya amat menyanjungi ibu saya iaitu Puan ________.  Ibu saya dilahirkan pada hh/mm/yy di ____________.

Saya sangat menyanjunginya kerana beliau seorang yang berwawasan dan sanggup mengajar anak-anaknya dengan pelbagai cara untuk memastikan saya dan adik berjaya di masa depan. Ibu tidak pernah berputus asa dan tabah membesarkan kami berdua. Ibu sentiasa memastikan kami memperolehi apa yang kami inginkan supaya kami tidak merasa kekurangan apabila bersama rakan-rakan seusia.

Ibu juga selalu membantu saya di saat saya dalam kesusahan dalam pelajaran dan sebagainya. Ibu selalu menegur saya dan adik supaya menjadi orang yang berguna di masa dan berbakti kepada negara dan beliau juga sering memberi semangat kepada saya dan adik untuk menjadi orang yang berguna di masa akan datang.

(4.4) Peristiwa bersejarah dalam keluarga (ceritakan peristiwa seperti:-)

  • (4.4.1) Percutian bersama keluarga
  • (4.4.2) Aktiviti riadah bersama rakan-rakan
  • (4.4.3) Meraikan Hari Kelahiran
  • (4.4.4) Meraikan Hari Ibu

5.0 RUMUSAN

Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya ketahui. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.

Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga antara satu sama lain.

Kajian ini juga telah membolehkan saya kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut alah kemahiran mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikan-kebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.

6.0 LAMPIRAN

  1. Gambar-gambar keluarga, gambar aktiviti bersama keluarga termasuk melancong dalam dan luar Negara
  2. Dokumen-dokumen berkhaitan :
  • Salinan sijil kelahiran,
  • Salinan sijil perkahwinan
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil-sijil sekolah
  • Salinan sijil penghargaan

7.0 RUJUKAN
Rujukan 1
Nama :
Umur :
No. kad pengenalan :
Alamat rumah :
No. Telefon :
Email :

8.0 ESEI – Sumbangan Untuk Negara

“Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Inilah cogan kata yang sering diungkapkan serta selalu meniti di bibir-bibir segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan pemimpin tertinggi negara. Golongan pemuda dan pemudi pada zaman ‘dunia tanpa sempadan’ ini merupakan pengerak kepada peningkatan dan pembangunan negara. Mereka ialah golongan yang akan memacu negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang. Oleh yang demikian, sebagai seorang remaja, saya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk membangunkan negara yang kita cintai.

Demi membangunkan negara yang kita cintai ini dan sebagai seorang remaja, saya berperanan dan mempunyai tanggungjawab untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang. Pemuda dan pemudi yang berpelajaran dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran yang bernas dengan berfikiran kritis dan kreatif.

Bukan itu sahaja, sebagai pemuda harapan bangsa, remaja seperti saya juga hendaklah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan utuh bagi mempertahankan kedaulatan negara. Remaja perlu menyemai semangat cinta akan negara dan sanggup berjuang demi mempertahankan negara daripada terjajah.

Selain itu, saya juga berperanan untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa selaku golongan remaja dan pemuda harapan bangsa. Pemuda dan pemudi negara ini hendaklah berusaha melakukan perkara-perkara yang dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sebagai contoh, jika dilihat pada masa kini, kebanyakan atlet yang mewakili negara dalam aresa sukan antarabangsa terdiri daripada golongan muda dan remaja.

Sebagai seoang remaja yang berwawasan, saya juga berperanan untuk menyokong usaha-usaha dan kempen yang dijalankan kerajaan unutk membangunkan negara pada masa hadapan. Sebagai contoh, remaja hendaklah memberi sokongan kepada usaha-usaha kerajaan memerangi dadah yang menjadi ‘virus’ pemusnah generasi muda di negara ini. Antara usaha tesebut ialah kempen alam sekitar, kempen kitar semula, kempen Budi Bahasa, kempen Bulan Keluarga Kebangsaan, kempen mencegah penagihan dadah dan sebagainya. Golongan muda khususnya remaja seperti saya akan memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam usaha-usaha tersebut demi meningkatkan pembangunan kerohanian rakyat. Hal ini disebabkan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan ini menjadi ‘batu loncatan’ untuk melahirkan masyarakat yang dinamik serta dapat memberi sumbangan kepada negara. Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik remaja bak kata pepatah,’ melentur buluh biar dari rebungnya’.

Sesungguhnya, golongan remaja mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan negara. Remaja hendaklah sedar akan perkara ini serta mengorak langkah untuk mencapai aspirasi negara agar matlamat pembangunan negara dapat direalisasikan. Bagi diri saya, saya akan terus berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehadiran saya sebagai warga Malaysia benar-benar bermakna dalam membantu pembangunan negara.

 

ISI KANDUNGAN (Contoh)

Fullscreen capture 03042013 15348 PM.bmp

TAJUK – KERJA KURSUS
Nama : Aimy
Nombor Kad Pengenalan :
Nama dan Alamat Sekolah : SMKDJ
Mata Pelajaran : Sejarah
Tajuk Kerja Kursus : Sejarah Diri dan Keluarga
Nama Guru Sejarah : Puan Salmi

Semoga rakan-rakan dapat menyiapkan kerja kursus Sejarah Tingkatan 1 ini dengan cemerlang dan jayanya ok. Wink.. wink..  ;)

3 thoughts on “Sejarah Diri Dan Keluarga – Sejarah Tingkatan 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: