Hari Guru Di Malaysia

teachers_day_20121

Esok sekolah saya SKTSBI akan menyambut Hari Guru. Saya tidak pasti apa yang saya patut beri untuk meraikan cikgu-cikgu kesayangan saya. Saya fikir mungkin dengan mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu masih tidak cukup dengan budi yang mereka berikan kepada saya. Jadi saya cuba untuk membuat sesuatu yang saya dapati agak comel dengan membuat kad ucapan sendiri. Sekurang-kurangnya masih boleh menjadi kenangan-kenangan semasa saya berpindah ke sekolah menengah nanti. Harap-harap begitulah. hihihi.  Jadi seperti biasa, bantuan dari mama adalah sangat-sangat diperlukan. Untuk kawan-kawan, bagi sesiapa yang masih buntu untuk memikirkan hadiah apa yang harus diberikan kepada cikgu semasa sambutan Hari Guru.. ini adalah beberapa “printable card” setelah puas saya mencari-cari di internet! Kawan-kawan hanya perlu print dan gunakan kreativiti sendiri utk menghiasnya ok! Selamat Hari Guru!!

Teacher_Owl_Card
Teacher_Owl_Pop_Holder
Teacher_Owl_Tags

Atau saya lebih suka yang ini.. hehehe —->

teachers-day1

Inilah hasilnya. Hihihi 😉

yo

Leave a comment