Bentuk Muka Bumi Dan Potensinya – Geografi Tingkatan 1

globe-people-city-globe

(I) PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Desa Serdang, Datin Kamariah kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru matapelajaran Geografi saya iaitu En. Zulkifli yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada ibu saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah dihabiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan yang telah banyak membantu saya bagi memantapkan lagi hasil kajian saya ini. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada pihak luar dan responden yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

(II) PENDAHULUAN
Tajuk kajian yang telah diberi oleh guru geografi saya ialah BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA. Berdasarkan tajuk ini, saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk di kawasan kajian saya. Justeru itu saya telah memilih Kampung Baru Balakong, Selangor sebagai lokasi kajian untuk melaksanakan kerja kursus yang diwajibkan bagi semua pelajar tingkatan 1. Saya memilih kawasan ini adalah kerana ianya merupakan tempat kediaman saya dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian dan mencari maklumat. Saya juga lebih memahami keadaan persekitarannya kerana saya telah tinggal di kawasan berhampiran selama 13 tahun lamanya. Semua maklumat dan data yang diperolehi melalui keadaan kajian yang saya pilih telah direkodkan dengan baik dan sempurna. Untuk menyiapkan kajian ini,saya mengambil masa selama 5 minggu. Harapan saya semoga projek KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN yang saya hasilkan ini dapat memberi sedikit sebanyak sedikit sebanyak kefahaman kepada umum tentang halangan dan potensi bentuk muka bumi di Kampung Baru Balakong, Selangor.

(III) OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini dengan tujuan untuk menepati objektif-objektif yang berikut :

  • Mengenalpasti bentuk muka bumi dan ciri-ciri di Kampung Baru Balakong.
  • Menyelidik tentang potensi bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk.
  • Mengkaji jenis kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk.
  • Mengetahui kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Kampung Baru Balakong, Selangor.
  • Menyenaraikan langkah atau kaedah yang sepatutnya untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Kampung Baru Balakong, Selangor.
  • Dapat menerapkan nilai dan unsur patriotism terhadap kawasan kajian saya.

(IV) KAWASAN KAJIAN – Kampung Baru Balakong
Perkataan Balakong merupakan campuran kata pindah Bahasa Melayu dan dialek Hakka. Sejarah Balakong bermula di Sungai Balak. Dalam erti kata Bahasa Melayu, Balak merupakan batang pokok. Kong pula dirujuk kepada dialek Hakka yang bermaksud sungai. Cantumannya membawa perkataan “Balakong.” Sebutan itu merupakanpanggilan orang berketurunan Hakka yang akhirnya menetapkan nama tempat ini sebagai Balakong.

Permulaan sejarah Balakongberkaitrapat dengan lagenda penemuan bijih timah di Sungai Besi kira-kira 140 tahun yang lalu. Mengikut cerita warga tua tempatan, sebuah kawasan penempatan perlombongan bijih timah yang besar telah wujud di Sungai Besi sebelum kampong itu ditubuhkan. Walaubagaimanapun, kawasan penempatan tersebut telah termusnah dalam satu kebakaran besar.

Salah satu kumpulan penduduk yang dipindahkan ke kawasan penempatan baru pernah menduduki betul-betul di atas tapak Universiti Putra Malaysia kini. Universiti tersebut yang dulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia adalah hasil pengambilalihan tanah oleh pihak penjajah British menjelang tahun 1931.

Sebagai gentian, penjajah British telah memperuntukan sebidang tanah berkeluasan 360 ekar di sekitar Balakong. Setiap keluarga diberi 2 hingga 3 ekar tanah untuk mendirikan rumah dan bercucuk tanam. Kumpulan tersebut dipercayai merupakan kumpulan penduduk Balakong yang paling awal sekali. Oleh kerana tempat itu tidak bernama, maka orang-orang Hakka telah menggelarnya sebagai Sam Bak Lu Kit yang bermaksud Tiga Ratus Enam Puluh Ekar dalam bahasa Hakka.

Nama Balakong sememangnya berkaitrapat dengan pengeluaran kayu balak. Kayu balak yang ditebang dihanyutkan terus melalui Sunagi Balak. Terdapat 3 penempatan di sepanjang Sungai Balak pada masa dahulu, iaitu Balakong Atas, Balakong Tengah dan Balakong Bawah. Penempatan-penempatan ini telah meninggalkan banyak bekas lombong akibat kepesatan aktiviti perlombongan bijih timah. Ini telah menarik ramai orang Hakka untuk mengusahakan penternakan ikan di dalam bekas lombong yang ditinggalkan. Selain dari itu, terdapat sebilangan besar orang Ko Chow yang mengusahakan penanaman sayur dan penternakan babi di situ.

Asal-usul sejarah Balakong tersebut telah membentuk komposisi masyarakat yang unik di Balakong. Cerita Dewa Sakku merupakan lagenda sentiasa kekal dalam ingatan orang Balakong.

Pada awalnya, terdapat sebuah bukit di Balakong yang pandangan sisinya menyamai rupa manusia. Oleh itu, penduduk tempatan menyanjunginya sebagai Dewa. Mereka turut membezakannya kepada Dewa Sakku dan Dewi Sakku. Penampilan bentuk kedua-duanya bagaikan sedang bermesra. Sesiapa saje yang pernah memandang bukit tersebut akan merasa amat hairan dan terkejut. Tokong asal Dewa Sakku terletak diatas tapak perindustrian Balakong tidak jauh dari Jalan Belimbing. Disebabkan pelandaan arus pembangunan, Bukit Sakku terpaksa member laluan. Bukit tersebut telah diratakan beberapa tahun lalu. Tokong Sakku yang uzur turut termusnah. Sejak itu, dikatakan ramai yang merasa tidak selesa akibat dari tiada pelindungan dan berkat dari Dewa Sakku.

Oleh yang demikian, penduduk tempatan telah menggerakkn projek pembinaan semula Tokong Dewa Sakku. Tokong baru yang terletak di belakang SJK (C) Balakong telah menempatkan batu sembah asalnya dari bukit Sakku.

Dalam zaman Darurat pada tahun 1948, penjajah British telah mengumpulkan penduduk-penduduk dari kawasan 360 ekar, Balakong Lintang, Balakong Atas dan Balakong Bawah seramai 300 keluarga dan menubuhkan kawasan penempatan baru bergelar Kampung Baru Balakong. Mengikut perangkaan, jumlah penduduk pada masa itu ialah 1131 orang.

Pada peringkat awal penubuhan kampong, kawalan ketat dikenakan dan penduduk hidup dalam keadaan yang susah. Pemuda kampong berusia 21 ke atas diwajibkan menyertai pasukan Home Guard. Rondaan malam hanya dimansuhkan setelah kawasan ini diistiharkan sebagai kawasan putih.

Pada masa itu, penjajah British mengenakan catuan makanan ke atas penduduk kampong. Orang dewasa diberikan 3 kati beras seminggu, kaum wanita 2 kati setengah minggu, manakala kanak-kanak 2 kati seminggu. Penduduk terpaksa menggunakan ubi kayu sebagai gentian makanan ruji harian untuk mengatasi masalah kekurangan makanan.

Kebanyakan penduduk kampung bekerja sebagai pekerja lombong dan penoreh getah. Kebanyakan kawasan Balakong diliputi hutan dan kebun getah pada masa itu. Ngauman harimau juda sering kedengaran. Sehinggalah tahun 1980-an, kejatuhan sector getah dan bijih timah telah memaksa penduduk beralih ke sektor perindustrian dan perniagaan.

Hari ini, Balakong memaparkan keterampilan sebagai sebuah bandaraya dengan pembangunan yang pesat. Kawasan ini amata pesat dengan aktiviti komersial, perindustrian, Pembangunan perumahan serta destinasi pelancongan. Antara nama yang terkenal ialah The Mines Resort City.

Arus pembangunan dan pemodenan menukar impian kepada kenyataan. Laluan Balakong ke Serdang yang dahulunya banyak berliku dan sempit, kini ia telah dibangunkan dan menjadi sebahagian daripada Lebuhraya SILK Kajang.

Lebuhraya SILK yang mengelilingi sekita Kajang telah memendekkan jarak antara Balakong dengan Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Kuala Lumpur serta memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar. Kedudukan Balakong berada di pertemuan antara Sungai Besi, Cheras dan Kajang menjadikannya amat berpotensi. Ditambah dengan pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya, Balakong telah mendapat manfaat yang amat besar. Wajah lama telah menjadi kenangan. Balakong Lintang telah ditukar nama kepada Taman Bukit Belimbing, Balakong atas dibangunkan menjadi Bandar Damai Perdana, Balakong Bawah berubah wajah menjadi Taman Impian Ehsan, manakala 360 Ekar telah dijadikan sebagai kawasan perindustrian Balakong.

Kadar penghijrahan keluar penduduk Balakong adalah rendah dengan adanya aktiviti-aktiviti pembangunan yang berterusan di sekitarnya. Mengikut perangkaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, perbandingan jumla penduduk balakong ialah 1618 orang pada tahun 1970, 1962 orang pada tahun 1980, 3040 orang pada tahun 1995, dan kini dijangkakan jumlah telah mencapai kira-kira 4000 orang penduduk.

SRJK(C) Balakong merupakan satu-satunya sekolah rendah cina yang terdapat dalam kampung itu. Jumlah pelajr pada masa ini ialah 1621 orang.

Panduan ke Kampung Baru Balakong dari Bandaraya Kuala Lumpur:

  • Lebuhraya Hubungan Timur – Barat and Lebuhraya Cheras – Kajang 20.6 km
  • Lebuhraya Cheras – Kajang 19.1 km
  • Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban dan Lebuhraya Silk 23.1 km
  • Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban 19.6 km, 22 mins
  • Lebuhraya Sungai Besi 22.0 km, 23 mins
  • Lebuhraya Hubungan Timur – Barat and Lebuhraya Sungai Besi 21.3 km

(V) KAEDAH KAJIAN

Saya telah melaksanakan kaedah-kaedah di bawah dalam proses menghasilkan kajian ini.

PEMERHATIAN
Saya membuat pemerhatian terhadap halangan dan potensi bentuk muka bumi di sekitar Kampung Baru Balakong, Selangor. Dari pemerhatian ini,saya dapat mengenalpasti bentuk muka bumi dan ciri-cirinya dan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Saya juga telah menangkap gambar di sekitar kawasan kajian sebagai sokongan dapatan kajian saya.

SOAL SELIDIK
Saya telah mengedarkan boring soal selidik kepada20 orang penduduk di kawasan perumahan di sekitar Kampung Baru Balakong, Selangor. Melalui borang soal selidik ini, saya dapat mengenalpasti halangan dan potensi bentuk mukabumi terhadap kegiatan manusia serta kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.

RUJUKAN
Saya juga telah membuat rujukan di internet, buku-buku rujukan, buku teks, surat khabar dan saya banyak merujuk kepada ahli keluarga untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang kawasan yang saya kaji.

(VI) HASIL KAJIAN
Terdapat beberapa dapatan hasil kajian saya ini yang betajuk BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA.

Antaranya ialah:

  1. Terdapat beberapa bentuk muka bumi di kawasan Kampung Baru Balakong dan ciri-cirinya.
  2. Potensi bentuk muka bumi terhadap kegiatan penduduk dan pembangunan di Kampung Baru Balakong.
  3. Halangan bentuk muka bumi di Kampung Baru Balakong terhadap kegiatan penduduk dan pembangunan.
  4. Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Balakong.
  5. Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Balakong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: