KUIH-MUIH TRADISIONAL MELAYU – PSK TING. 3

 

KUIH-MUIH TRADISIONAL MELAYU

 

ISI KANDUNGAN

 

  1. Tajuk Projek
  2. Matlamat Projek
  3. Objektif Projek
  4. Kaedah Pengumpulan
  5. Perlaksanaan Projek
  6. Hasil Projek
  7. Refleksi
    1. Kejayaan Projek
    2. Masalah Projek
    3. Cara Mengatasi Masalah
  8. Penghargaan
  9. Senarai Lampiran

KUIH-MUIH TRADISIONAL MELAYU

 

PENGENALAN
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan tradisional mengikut kaum. Oleh itu, saya memilih tajuk Kuih-Muih Tradisional Melayu sebagai projek folio Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaran dan mengumpulkan resepi-resepi kuih-muih tersebut untuk dijadikan sumber rujukan di masa akan datang.

Boleh dikatakan di Malaysia kebanyakan makanan dan kuih muih yang disajikan semasa perayaan-perayaan utama sesuatu kaum ataupun sebagai hidangan harian keluarga. Ia terdiri daripada makanan utama dan juga kuih-muih untuk dijadikan pencuci mulut. Antaranya adalah kuih-muih tradisional.

  1. MATLAMAT PROJEK
  • Membolehkan generasi muda mengenali dengan lebih dekat dan mengetahui asal usul kuih tradisional yang terdapat di Malaysia.

 

  1. OBJEKTIF PROJEK
  2. Mengumpulkan maklumat serta resepi-resepi tentang kuih-muih tradisional yang terdapat di Malaysia.
  3. Membukukan maklumat serta resepi-resepi kuih-muih tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman.
  • Mendedahkan generasi muda pada cara-cara pembuatan kuih-muih tradisional warisan budaya masyarakat tempatan pelbagai kaum.
  1. KAEDAH PENGUMPULAN
  2. Jalankan temu bual dengan orang yang lebih dewasa dan masyarakat tempatan. Maklumat dan resepi-resepi yang diperolehi di taip dengan kemas.
  3. Mencari maklumat tambahan di internet gambar kuih-muih tradisional, menyunting, menyusun dan menjilid.

 

  1. PERLAKSANAAN PROJEK
  2. Mencari sumber rujukan. Orang lebih dewasa dirujuk kerana mereka lebih banyak menyimpan warisan resepi turun temurun kuih-muih tradisional.
  3. Memohon kerjasama dan kebenaran sumber rujukan untuk mengadakan sesi temu bual.
  • Menetapkan tarikh dan masa temu bual.
  1. Melaksanakan temu bual dan mencatat beberapa resepi kuih-muih tradisional.
  2. Menaip resepi yang dikumpulkan itu untuk dijadikan Folio.
  3. Membuat semakan dan suntingan.

 

  1. HASIL PROJEK

Pada keseluruhannya, lapan maklumat kuih-muih tradisional melayu telah berjaya dikumpulkan. Senarai resepi kuih-muih tradisional yang dikumpulkan adalah seperti berikut:

  1. KUIH KARAS  

Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis.

Kuih karas ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing.

Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat.

  1. KUIH BUAH ROTAN 

Kuih buah rotan atau juga dikenali sebagai kuih redan atau keciputan merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat daripada tepung pulut dan telur. Ia kemudian dibentuk bulat dan disalut dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api serdahana perlahan sehinga ia kekuningan dan di angkat, sedia untuk dihidangkan. Sekiranya api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dikenali sebagai kembang minyak. Kuih ini popular di negeri Terengganu, Malaysia dan Jawa, Indonesia.

Kuih buah rotan digelar sedemikian kerana bentuknya yang bulat dan bersisik seperti buah rotan. Warnanya yang kuning keemasan juga menyerupai buah rotan. Kuih buah rotan agak keras dan tahan lama. Kuih ini tidak mempunyai inti, berbeza dengan kuih bom/bijan.

 

KUIH BULAN 

 

Kuih bulan adalah salah sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.

Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.

KUIH SERI MUKA  

 

Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia.

Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.

Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli.

Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.

KUIH BAKAR  

 

Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu. Kuih ini juga dikenali sebagai bahulu kemboja. Kuih ini berbentuk bulat dan ditabur bijan di atasnya. Ia sangat bersesuaian, enak serta sedap dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi, minum petang atau pencuci mulut bagi majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih bakar ialah tepung gandum, pati santan, telur, minyak sapi, bijan dan bahan perasa dan pewarna secukupnya. Cara membuat kuih ini ialah menggunakan acuan khas dan ia dibakar dengan dapur arang.

 

KUIH KARIPAP 

 

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Kuih karipap selalunya menjadi pilihan menu dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

KUIH KETAYAP  

 

Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih adalah sejenis kuih berinti. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada kulit nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada nyiur muda dan gula Melaka/nisan di dalamnya.
Kuih gulung kemungkinannya disebabkan cara membuatnya di mana kulit luar kuih digulung pada inti. Nama lainnya kuih ketayap pula disebabkan rupa kulit luarnya yang seperti ketayap sebelum digulungkan bersama inti dalam.
Kuih ketayap popular dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang enak dimakan. Biasanya lapisan plastik digunakan bagi mengalas kulit luar yang melekit bagi mengelak terkena pada jari orang yang memakannya.

KUIH ONDE-ONDE 

 

Nama kuih onde-onde datangnya dari cara menghasilnya di mana adunan digentel bulat. Nama kuih buah Melaka pula datangnya dari saiz dan bentuknya yang menyerupai buah pokok Melaka. Selain itu perbezaan antara kuih onde-onde dan kuih buah Melaka adalah kandungan intinya. Kuih buah Melaka menggunakan gula kabung/gula Melaka yang lebih cerah sebagai inti. Kuih onde-onde pula menggunakan gula nisan yang diperbuat daripada nira kelapa dan bewarna lebih hitam. Di sesetengah tempat di pantai timur kuih ini lebih dikenali sebagai kuih kekoh caar.

Kuih onde-onde ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. Kuih onde-onde mempunyai adunan tepung beras pulut yang menyelitupi manisan nisan di sebelah pantai timur atau gula kabung di sebelah pantai barat (buah melaka). Kuih ini dibebat dalam kelapa parut sebelum dihidangkan bagi mengelak ia melekat-lekat di antara sesama sendiri.

Kuih onde-onde tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering untuk dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.

Kuih onde-onde biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih onde-onde biasanya agak mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak begitu melikit atau berkuah. Kuih onde-onde biasanya ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.

 

 

 

  1. Refleksi

 

  1. Kejayaan Projek

 

  1. Masalah Projek
  • Makanan tradisional semakin disisihkan oleh masyarakat terutamanya golongan muda. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan makanan ini semakin dilupakan seperti pengaruh makanan luar negara dan pengaruh makanan segera.

 

  1. Cara Mengatasi Masalah
  • Generasi muda kurang mengenali dan tidak tahu langsung kewujudan makanan tradisional sama ada kuih-miuh, lauk-pauk dan sebagainya. Oleh itu, banyak usaha yang telah dijalankan untuk mengekalkan makanan tradisional negara kita. Namun, bukan semua generasi muda yang tidak mengenali makanan tradisional negara kita. Hal ini kerana masih banyak program yang melibatkan kuih-muih tradisional sepeti pesta Kuih Tradisional dan sebagainya masih dianjurkan dan ini dapat memberi ilmu pengetahuan tentang makanan tradisional terhadap generasi sekarang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: