Pencemaran Air – Tingkatan 2

  1. PENCEMARAN AIR
  2. Definisi Pencemaran Air

 Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. 

Pencemaran Air di Malaysia

Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang khinzir pada tahun 1980-an.

Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang PeraiPulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut.

Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen. Selepas itu, barulah Majlis Daerah Cameron Highlands mengambil peranan dengan turut sama mengambil tindakan bagi memperbetulkan keadaan.

Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut. Longgokan tayar buruk di dasar laut terutamanya di Laut China Selatan telah digunakan sebagai tempat ikan berlindung dan membiak di dasar laut. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu, telah wujud istilah ‘pulau sampah’ secara terancang atau tidak terancang.

  1. Jenis Bahan Cemar Air

Jenis pencemaran air ada 4 iaitu :

  1. Bahan Toksik
  2. Bahan Organik
  3. Pencemaran Terma
  4. Pencemaran Ekologikal

 

  1. BAHAN TOKSIK

Bahan Toksik adalah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang tidak terhasil dalam sistem akuatik. Penyumbang terbesar kepada pencemaran kimia ialah racun rumpai, racun serangga dan bahan buangan industri.

  1. BAHAN ORGANIK

Pencemaran organik berlaku apabila lebihan bahan organik seperti baja dan kumbahan memasuki air. Apabila bahan organik ini meningkat di dalam tangki air, jumlah bahan hancur akan meningkat. Bahan hancur atau bahan reput ini akan tumbuh pantas dan menggunakan banyak oksigen apabila ia membesar. Ini mengakibatkan pengurangan oksigen apabila proses kehancuran berlaku. Kekurangan oksigen akan membunuh organisma akuatik. Apabila organisma akuatik itu mati, ia akan sama musnah dengan bahan hancur berkenaan, sekali gus meningkatkan pengurangan oksigen berkenaan.

  1. PENCEMARAN TERMA

Pencemaran terma boleh berlaku apabila air digunakan sebagai bahan penyejuk berdekatan kilang industri dan kemudian kembali kepada persekitaran akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi. Pencemaran terma boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan meningkatkan kadar keperluan biologikal oleh organisma akuatik untuk oksigen.

  1. PENCEMARAN EKOLOGIKAL

Pencemaran ekologikal berlaku apabila pencemaran bahan kimia, pencemaran organik atau pencemaran terma berlaku daripada persekitaran alam, bukannya aktiviti kemanusiaan. Sebagai contoh, pencemaran ekologikal akan meningkat daripada bahan aliran selepas berlakunya tanah runtuh, yang juga akan meningkatkan jumlah kotoran dalam air. Contoh lain ialah apabila haiwan seperti rusa mati lemas dalam banjir dan kemudian sejumlah besar bahan organik yang mengalir ke dalam air. Kejadian geologikal seperti ledakan gunung berapi juga boleh menjadi sumber kepada pencemaran ekologikal.

 

III.     Kesan Pencemaran Air Terhadap Benda Hidup

 

  1. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air.
  2. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar.
  3. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

 

 

  1. Kesan Kepada Kualiti Air
    • Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain.

 

          • Bahan-bahan toksid yangbercampur dengan air sungai atau tasik, secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman.

 

          • Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.
          1. b) Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut
          • Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforusdan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut.

 

          • Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD).
          1. c) Sistem Air Bawah Tanah Tercemar
          • Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai.

 

          • Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem ai rbawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

 

          1. d) Menjejaskan Keindahan Alam
          • Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia padamasa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang dilaut menjadi punca hal tersebut berlaku.

 

          • Keadaan air laut ataupun sungai yangberbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemaryang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidakselesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.
          1. e) Menjadi Punca Banjir
          • Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai.

 

          • Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan,dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.
          1. f) Kemusnahan Hidupan Akuatik
          • Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik.

 

        • Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru,Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai,Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan.

 

          • Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

 

        1. Cara-cara Mengawal Pencemaran Air
        2. Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

 

Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

 

        1. b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.

 

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.

Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

 

        1. c) Pemasangan perangkap sampah.

 

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.

 

        1. d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.

 

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

 

        1. e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.

 

Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap ‘tidak apa’ perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.  Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil  tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan ‘soul reawakening’.

 

        1. Cara-cara Memulihara Dan Memelihara Air Dan Kualitinya
        2. a) Menggunakan perundangan misalnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
        3. b) Pengguna air domestik dan industry harus menggunakan air secara berhemah.
        4. c) Mewartakan kawasan tadahan hujan sebagai hutan simpan supaya sumber air terpelihara.
        5. d) Menubuskan badan khas yang bertanggungjawab ke atas sumber air seperti MAJLIS SUMBER AIR NEGARA.
        6. e) Menggunakan kemajuan sains dan teknologi dengan penggunaan bioteknologi untuk merawat air buangan domestic.
        7. f) Menganjurkan pelbagai jenis kempen yang bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan memulihara dan memelihara air.

 

        1. PEMBERSIHAN AIR

I .      Kaedah Pembersihan Air

 

Air semula jadi biasanya mengandungi lumpur, mikroorganisma, dan bahan terlarut. Air itu mesti dirawat dahulu sebelum selamat digunakan. Rawatan air melibatkan proses mengasingkan bahan yang tidak diingini melalui beberapa kaedah pembersihan. Zarah pepejal di dalam lumpur boleh diasingkan daripada air melalui penurasan. Proses pendidihan dan pengklorinan pula dapat memusnahkan mikroorganisma di dalam air. Penyulingan pula dapat mengasingkan semua bendasing daripada air termasuk bahan terlarut.

        1. Penurasan

Kaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.

 

Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampai

Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut

 

        1. Pendidihan

Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100°C.

 

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup

Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut.

 

        1. Pengklorinan

Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma

 

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup

Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut

        1. d) Penyulingan

Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.

 

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan

 

II .     Sebab-sebab Pembersihan Air

 

        1. Menyingkirkan bendasing seperti habuk, tanah, pasir dan bahan terampai

 

        1. Menyingkirkan garam terlarut yang berlebihan

 

        1. Membunuh mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit

 

        1. Menghilangkan bau, rasa dan warna yang tidak menyenangkan

 

        1. CARA UNTUK MENJIMATKAN AIR

 

TANDAS

        1. Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang  berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan  untuk mengurangkan air yang dicurah.
        2. Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
        3. Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

 

BILIK MANDI

        1. Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
        2. Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan.  Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
        3. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

 

SINKI

        1. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.
        2. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
        3. Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan  air.

 

TAMAN

        1. Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
        2. Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
        3. Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan.  Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
        4. Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
        5. Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
        6. Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
        7. Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
        8. Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
        9. Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

 

 

DAPUR

        1. Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
        2. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
        3. Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
        4. Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
        5. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.

 

GARAJ

        1. Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.
        2. Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk dibersihkan.

 

CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN

        1. Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
        2. Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
        3. Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
        4. Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
        5. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
        6. Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

 

I .      Mengapakah Kita Perlu Menjimatkan Air?
Penjimatan air secara amnya bertujuan untuk:

 

        1. Wang – Penjimatan air dapat mengurangkan bayaran bil air bulanan.
        2. Tenaga- Mengurangkan penggunaan tenaga untuk tujuan rawatan dan pembekalan air ke rumah
        3. Alam sekitar – Mengurangkan pembinaan empangan yang menyebabkan kemusnahan hutan dan habitat haiwan. Di samping itu, jumlah tangki air, loji penapisan air, loji pengedaran air serta loji rawatan air juga dapat dikurangkan secara tidak langsung. Anda boleh memainkan peranan dengan mengelakkan daripada berlakunya perahan air secara berlebihan kerana ini boleh menyebabkan hakisan dan kemerosotan sumber air.

 

II .     Bagaimanakah Kita Membazir Air?

 

        1. Menggunakan tab mandi ketika mandi
        2. Menggunakan hos semasa mencuci kereta
        3. Membiarkan paip air kebocoran tanpa melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab

 

III .    Apakah Yang Dapat Kita Lakukan Untuk menjimatkan Air?

 

Cara Penjimatan Penggunaan Air :

        1. Mandi dengan air pancuran  
        2. Jangan biarkan air terus mengalir semasa menggosok gigi atau menyapu sabun pada badan
        3. Basuh pinggan di dalam sinki yang diisi dengan air, bukan yang mengalir dari pili
        4. Cuci kereta dengan menggunakan air di dalam baldi
        5. Pasang tangki curahan air tandas dwisistem yang menggunakan curahan separuh untuk urin dan curahan penuh untuk najis
        6. Gunakan mesin basuh dengan muatan
        7. Baiki pili air atau paip yang
        8. Kumpulkan air hujan untuk menyiram pokok dan tanaman

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: