Pencemaran Air – Tingkatan 2

  1. PENCEMARAN AIR
  2. Definisi Pencemaran Air

 Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. 

Pencemaran Air di Malaysia

Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang khinzir pada tahun 1980-an. Continue reading

KUIH-MUIH TRADISIONAL MELAYU – PSK TING. 3

 

KUIH-MUIH TRADISIONAL MELAYU

 

ISI KANDUNGAN

 

  1. Tajuk Projek
  2. Matlamat Projek
  3. Objektif Projek
  4. Kaedah Pengumpulan
  5. Perlaksanaan Projek
  6. Hasil Projek
  7. Refleksi
    1. Kejayaan Projek
    2. Masalah Projek
    3. Cara Mengatasi Masalah
  8. Penghargaan
  9. Senarai Lampiran

KUIH-MUIH TRADISIONAL MELAYU

 

PENGENALAN
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan tradisional mengikut kaum. Oleh itu, saya memilih tajuk Kuih-Muih Tradisional Melayu sebagai projek folio Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaran dan mengumpulkan resepi-resepi kuih-muih tersebut untuk dijadikan sumber rujukan di masa akan datang.

Boleh dikatakan di Malaysia kebanyakan makanan dan kuih muih yang disajikan semasa perayaan-perayaan utama sesuatu kaum ataupun sebagai hidangan harian keluarga. Ia terdiri daripada makanan utama dan juga kuih-muih untuk dijadikan pencuci mulut. Antaranya adalah kuih-muih tradisional. Continue reading

The Preservation of Water Quality – Form 2

A. PENCEMARAN AIR
I. Definisi Pencemaran Air

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Pencemaran Air di Malaysia
Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang khinzir pada tahun 1980-an. Continue reading

Healthy Living – Form 1

health heart-posterA healthy living or lifestyle means maintaining a balanced and nutritious diet as well as engaging in sports or other fitness related activities. Being healthy is not just about what you eat, even though that is a big portion. Being healthy is about how you treat your body, meaning what you put into it, and the type of things you put your body through. Most people think being healthy is an expensive and difficult lifestyle. It is really not much different or much more expensive than the way that most people live now. People are just reluctant to make changes in their lives. So these are merely excuses that hold people back from leading healthy lives.

One thing that can be done to lead a healthier life style is to change the way you eat. Everyone should eat plenty of fruits and vegetables, lean meats, whole grains and healthy oils and fats. Some people think fresh fruits and vegetables and lean meats are more expensive. Sometimes this may be true, but most of the time, you pay for what you get. So if you buy cheap food, with no nutritional value, then it is usually not healthy. If you spend the little extra on your meats, vegetables, and fruits, then in the long run you are doing yourself a favor. Also at many local farmers markets you can get fruits and vegetables for a much more discounted price and usually you know your products are pure and natural because they came from a farmer in your community. Another thing you can do to eat healthier is buy from a local butcher. You usually get a better deal if you buy a big portion of an animal and if it’s a local butcher. Then you can know that it is not from a major meatpacking company. This proves that not all healthy food is more expensive. Continue reading

Rokok, Rokok Elektronik Dan Shisha – Tingkatan 1

 

20120106105753877DEFINISI MEROKOK

Isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejak beberapa tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini. Masalah tabiat merokok ini merupakan satu perkara yang amat sukar untuk di atasi, walaupun pelbagai peraturan dan undang-undang telah diperkenalkan bagi menyekat tabiat ini. Ramai orang menyedari akan bahayanya merokok. Di kotak-kotak rokok pun telah dibuat amaran dan ingatan betapa bahayanya merokok itu tetapi bilangan perokok terus saja bertambah yang melibatkan berbagai-bagai lapisan masyarakat terutama golongan remaja termasuklah pelajar.

Rokok diperbuat daripada sejenis daun tembakau yang mengandungi bahan nikotin, tar (candu) dan karbon monoksida. Ketiga-tiga bahan ini amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat sama ada di kampung, bandar dan sebagainya. Masyarakat atau perokok menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup mereka.

Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi. Continue reading

Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW – Tingkatan 1

538px-Muhammad_Salat.svg

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagaikhalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun Nabi Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi danNasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Dalam Islam, Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa danNabi Isa. Beliau juga digelar Al Amin (Bahasa Arab الأمين) yang bermaksud ‘yang terpuji’.

Continue reading

Kisah Rakyat

PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJENJANG

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai rupa paras dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Siapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.

Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemelapan. Alis mata yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.

Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.

Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan sekta. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari. Continue reading

Adat Resam Dan Budaya Di Malaysia – Tahun 6

cukur-jambul-Anak-Irma-Hasmie-11

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang mencorakkan pelbagai seni budaya dan adat masing-masing yang berlainan. Kepelbagaian adat resam yang terhasil daripada penduduk yang pelbagai bangsa dan etnik menghasilkan variasi budaya yang perlu difahami oleh generasi muda. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan kepelbagaian dari aspek adat kehidupan seharian termasuk kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat-adat ini lebih dipengaruhi oleh agama masing-masing. Pengaruh agama juga membentuk pelbagai perayaan yang berlainan. Perbezaan budaya juga boleh dilihat dari segi bahasa, pakaian, makanan dan hiburan tradisional.

Continue reading

%d bloggers like this: